Artikel Pilihan

FEDERAL AVIATION ADMINISTRATION-BOEING GUNA SABUN BASUH PINGGAN JADI PELINCIR

Audit daripada Federal Aviation Administration atau FAA mendapati vendor kepada Boeing iaitu Spirit Aerosystem yang kini dalam siasatan, telah menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk sebagai pelincir untuk memasang door seal pada badan kapal terbang buatan Boeing 737 Max

Selepas selesai, juruteknik akan mengelap sabun tersebut dengan menggunakan kain menurut satu laporan audit FAA selepas 6 minggu menjalani audit di Spirit Aerosystem. Laporan audit FAA mendapati Boeing telah gagal dalam 33 audit manakala Spirit pula gagal dalam 13 audit, serta terdapat kegagalan kakitangan pembinaan kapal terbang tidak mengikut standard prosedur kawalan kualiti

Audit yang dijalankan oleh FAA dibuat selepas door plug milik Alaskan Airline tercabut selepas berlepas pada bulan Januari 2024. Auditor FAA juga mendapati SOP penggunaan sabun adalah tidak jelas dan tidak spesifik.

Dalam satu kenyataan balas, Spirit Aerosystem mengesahkan yang pihaknya turut mencuba Vaseline dan tepung jagung sebagai pelincir sebelum memutuskan sabun pencuci pinggan mangkuk adalah yang terbaik

Malah Spirit Aerosystem mengesahkan yang SOP penggunaan sabun tersebut diluluskan oleh Boeing dan yakin bahawa sabun tersebut tidak akan merosakkan struktur binaan Boeing 737 Max dalam tempoh masa yang lama

Kaedah “luar biasa” yang diamalkan oleh Boeing dan Spirit Aerosystem ini berlaku ketika siasatan terhadap kedua dua syarikat ini berlangsung menyebabkan banyak pihak sangsi dengan kualiti dan keselamatan pengguna kapal terbang Boeing 737 Max

Google ads
Back to top button