Artikel Pilihan

KENAPA PERBUATAN MEMASAK DI STESEN MINYAK ADALAH PERBUATAN BODOH?

Beberapa hari lepas terdapat satu video yang tular menunjukkan sekumpulan anak muda yang pernah menjalani proses berkhatan secara laser memasak secara beramai-ramai di sebuah stesen minyak yang terletak di Genting Highland.

Apa yang membimbangkan ialah anak muda sunat laser tersebut memasak dengan menggunakan dapur gas yang mudah alih. Namun tahukah anda bahawa perbuatan tersebut adalah salah di sisi undang-undang?

Berdasarkan undang-undang yang diluluskan di parlimen, perbuatan merokok di stesen minyak ada;ah satu kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun sekiranya disabit kesalahan.

Ya itu baru merokok, dan bukannya menyalakan api memasak di stesen minyak yang risiko untuk berlaku kebakaran adalah jauh lebih tinggi. Untuk kebakaran berlaku, terdapat 3 unsur yang diperlukan iaitu bahan api, oksigen atau udara dan juga haba.

Namun bagi stesen minyak, bahaya yang sebenar datang daripada petrol disebabkan oleh sifatnya yang boleh meruap pada suhu 37.8 darjah Celcius. Apabila meruap, wap petrol akan terbakar dalam bentuk letupan dan bersifat menyambar. Tak percaya cubalah….

Berbeza dengan bahan api diesel, ia hanya meruap pada suhu antara 52 darjah celcius sehingga 96 darjah celcius. Jika anda membakar diesel, ia akan menyala dan bukannya menyambar seperti petrol. Malah lebih memburukkan keadaan ialah wap petrol boleh bergerak sehingga 1 meter dari permukaan sumber dan bergerak sehingga 4.5 meter ke semua arah

Salah satu sebab petrol mudah meruap ialah petrol terdiri daripada gabungan beberapa jenis rantaian hidrokarbon. Rantai atau struktur cincin hidrokarbon ini dibina daripada gabungan atom karbon dan juga hidrogen, diikat dengan ikatan molekul yang lemah antara atom karbon dan hidrogen.

Jika terdedah kepada suhu, ikatan ini akan terputus dan petrol akan berubah daripada cecair menjadi wap dengan mudah. Malah jika tangan anda memiliki caj statik, anda boleh menyebabkan kebakaran ketika mengisi petrol jika anda tidak menyingkirkan caj statik tersebut.

Google ads
Back to top button