Buletin

FERRARI PALING LAJU YA RABBI- SUPERFAST, DILANCARKAN DI MALAYSIA HARI INI

Katakan esok tiba-tiba kau jadi kaya tanpa batasan, apakah benda pertama yang akan kau rasa nak beli? BIla sebut tentang kereta supercar, tentu sahaja Ferrari dan Lamborghini adakan jadi dua senarai teratas. Jarang orang letak nama seperti Pagani, Koenegsegg, Bugatti atau McLaren.

Bila mewah dan laju, ia mesti Ferrari. Ia mesti logo kuda – kuning, kereta warna merah dan muka mesti ketat bila bawak kereta.

Nah. Hari ini, Naza Italia melancarkan Ferrai Superfast, Ferrari terpantas yang dipasangkan dengan enjin V12 di hadapan. Ia dilancarkan pertama kali di pameran Geneva International Motor Show bulan Mac lalu.

BACA: SYARIKAT CHINA NAK BELI FERRARI?

Pelancaran ini disempurnakan oleh Datuk Wira Hj SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza dan Dieter Knechtel, CEO Ferrari Far dan Middle East Hub.

 

Jentera itu menggunakan enjin V12 baharu bersesaran 6.5 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 788hp. Kuasa tork pula setinggi 718Nm dengan 80 peratus daripadanya boleh dicapai pada putaran enjin 3,500rpm. Pecutan 0-100km/j hanya dalam masa 2.9 saat.

Transmisi klac berkembar tujuh kelajuan 812 Superfast mempunyai nisbah gear yang spesifik untuk menawarkan maklum balas pendikit lebih responsif. Ia sekali gus mencatat satu penanda aras baru untuk segmen kereta sport berenjin hadapan.

Kuasa enjin itu diseimbangkan dengan sistem kawalan tercanggih untuk menawarkan dinamik pemanduan yang terbaik. Dengan berat keseluruhan cuma 1,525kg kelajuan maksimum yang ditawarkan adalah lebih 340km/j. Jentera itu mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 2.9 saat sahaja.

812 Superfast menjadi model Ferrari pertama dilengkapi EPS (Electric Power Steering). Bagi mengeksploitasi potensi sebenar jentera ini, ia diintegrasikan dengan semua kawalan dinamik. Ini termasuklah Side Slip Control (SSC) versi 5.0 Ferrari.

812 Superfast buat pertama kalinya juga menampilkan sistem Virtual Short Wheelbase 2.0 yang menambah baik aspek pengendaliannya.

Di ruang kabin 812 Superfast menerima kluster instrumen baharu. Papan pemukanya telah direka semula bersama kemasan besi yang lebih premium, sistem infotainmen dan kawalan suhu. Tempat duduk juga direka agar lebih ergonomik.

 

Google ads
Back to top button