Artikel Pilihan

FIAT 500e INI MUNGKIN PENGANGKUT SAMPAH PALING BERGAYA DI DUNIA – MENARIK IDEA NI

Fiat 500 memang sebuah kereta bandar yang sangat efisien. Model 500e yang berkuasa elektrik sepenuhnya memang satu rahmat la untuk kegunaan di bandar-bandar besar dan cukup untuk keperluan warga kota mencilok-cilok dalam jarak yang dekat. Nak beli nasi lemak, nak hantar anak sekolah, nak buang sampah semua boleh je. Tapi rupanya ia juga boleh menjelma menjadi lori sampah mikro.

Okey, gambar ini kami jumpa di internet da nada juga disiarkan di laman web Carscoops.com. Ia memaparkan sebuah sebuah Fiat 500e dengan tong sampah plastik besar custom dibelakangnya. Lokasinya dikatakan di negara Belanda.

Sayangnya cuma ada sekeping ni je gambar dan nak kata gambar yang diubahsuai pun nampak macam real. Tong sampah ni tak tau la sama ada boleh digunakan ataupun sekadar untuk promosi produk tong sampah keluaran syarikat tertentu.

Menarik ia kelihatan seperti ditempah khas dan memang muat-muat je dengan Fiat 500e ni. Malah siap ada strip getah perlindungan lagi supaya tidak mencalarkan bahagian badan kereta dan mungkin juga untuk mengelakkan air daripada meresap ke dalam badan kereta.

Fungsi aerodinamik mungkin akan terjejas dengan pemasangan tong sampah ni tapi siapa peduli dengan aerodinamik kalau untuk mengakut sampah. Bukannya nak masuk perlumbaan pun.

Idea ni sesuai diaplikasikan di Malaysia khususnya untuk saudara saudari kita yang suka meletakkan plastik samah atas bumbung kereta, sangkut di pengelap cermin belakang, sangkut kat cermin sisi dan pegang dengan tangan di luar tingkap sambil memandu. Kalau jatuh atas jangan harap nak berhenti kutip balik. Sabar je lah.

Google ads
Back to top button