Buletin

FIAT GRANDE PANDA HIBRYID KINI HADIR DENGAN TAG HARGA YANG CUKUP MAMPU MILIK

Fiat dengan bangganya memperkenalkan model ikonik dan lagenda mereka, Fiat Grande Panda Hybrid yang mana ianya merupakan asas kepada sebuah kenderaan keluarga global yang dibangunkan khusus dengan kerjasama Ibu Pejabat FIAT dan Centro Stile di Mirafiori, Turin.

Kehadiran model yang lagenda ini membawa semangat jenama Itali dan komited untuk menyampaikan penyelesaian pintar dan inklusif kepada dunia. Dengan pengenalan Fiat Grande Panda Hybrid ini menandakan kembalinya FIAT dalam teras segmen B, kini dengan kenderaan mampu milik dan pintar untuk mobillty bandar.

Model yang dibina berdasarkan Smart Car Platform Stellantis,  sebuah platform yang cukup fleksibel untuk menyokong kedua-dua rangkaian kuasa hibrid dan elektrik. Kebolehsuaian globalnya memastikan model Grande Panda dapat memenuhi pelbagai keperluan pasaran di seluruh wilayah.

Berukuran 3.99 meter panjang, 1.76 meter lebar dan 1.58 meter tinggi, Grande Panda mengejutkan dengan saiznya yang padat sambil selesa menempatkan lima penumpang, menawarkan ruang dalaman yang pintar dan fungsi dalam setiap perincian.

Dari segi rupa luaran, barangkali ianya masih lagi serupa dengan pengenalan model Fiat Grande Panda yang terlebih diperkenalkan pada tahun lepas. Yang pasti model ini kelihatan hampir serupa mengimbau tentang model asal Panda di era 80an.

Untuk Fiat Grande Panda Hybrid ini, ianya menggabungkan trenkuasa daripada enjin 1.2 liter turbo 3 silinder yang mampu menghasilkan output maksimum 110 HP bersama transmisi auto dwi-klac  eDCT enam kelajuan yang digabungkan dengan bateri Li0ion 48V.

Sistem ini menyepadukan dengan lancar motor elektrik 21kW, penyongsang dan unit kawalan pusat, bersama-sama membolehkan pemanduan lancar, cekap dan senyap.

Sistem hibrid yang terdapat padanya berfungsi ketika bergerak dengan kelajuan yang minima, di bawah 30 km/j. 

Sistem ini menghasilkan pecutan yang lebih lancar, pemanduan bandar yang senyap, dan penggunaan bahan api yang lebih sedikit dan pelepasan CO2 yang hampir kosong.

Pada ruangan kabin, ianya menampilkan ruangan yang masih lagi dianggap luas dan selesa untuk membawa penumpang. Ciri moden yang ada pada ruangan kabin termasuklah paparan meter kluster digital bersaiz 10 inci dan juga paparan sistem infohiburan bersaiz 10.25 inci .

Ciri keselamatan moden yang ada termasuklah sistem ADAS, Cruise Control, Speed Limiter, Active Safety Brake, Lane Keeping Assist, dan juga Driver Attention Warning.

Untuk Fiat Grande Panda Hybrid, harganya mungkin dijual pada aras harga di bawah €19,000 (RM91,576). Cukup murah berkemampuan untuk sebuah kereta bandar.

BACA : FIAT GRANDE PANDA – LAGENDA KUNGFU PANDA TELAH KEMBALI

BACA : CANTIK KAN FIAT PANDA HIBRID NI. HMMMMM

Google ads

B K

Back to top button