Buletin

FIAT GRANDE PANDA – LAGENDA KUNGFU PANDA TELAH KEMBALI

Lama dahulu di era 80an, model Fiat Panda ini cukup dikenali sebagai kenderaan bandar dengan menampilkan rekaan berbentuk kotak yang cukup minimalis tetapi praktikal dengan saiz yang diberikan. Namun entah mengapa, dua generasi Fiat Panda kemudiannya menampilkan rekaan yang jauh berbeza dengan generasi pertama rekaannya.

Namun kini nampaknya trend mengembalikan memori di zaman silam terhadap keluaran terkini semakin menjadi pula. Inilah dia Fia Grande Panda, yang jelas sekali berinspirasikan rekaan daripada generasi pertama keluarannya pada tahun 80an.

Direka bentuk di Centro Stile, Turin Itali, Fiat Grande Panda ini jelas menonjol daripada kenderaan segmen sekelasnya B yang lain kerana kekompakan padanya yang cukup unik. Fiat Grande Panda ini hanya mempunyai panjang sekitar 3.99 meter, kurang daripada saiz model yang berada dalam liga yang serupa dengan rata – rata mempunyai panjang diantara 4.06 meter.

Sungguh pun kelihatan cukup kompak, namun ianya masih berupaya membawa sehingga lima penumpang, cukup ideal untuk sebuah keluarga kecil sebagai mobiliti bandar kontemporari.

Bahagian hadapan menampilkan rekaaan volum padat dengan personaliti baharu yang tersendiri. Garisan ortogonal menyelubungi susunan jejaring persegi yang progresif yang menghasilkan rupa yang kukuh dan anggun sekali gus menghasilkan rekaan tanda piksel dari tengah gril atas hitam yang berkilat sehingga ke lampu utama.

Selain itu, di samping tanda pengenalan pencahayaan yang unik, juga terdapat lampu DRL bertukar menjadi penunjuk dan menerangi beberapa kiub yang disusun sebagai piksel mendatar dalam corak seperti papan catur.

Pada bahagian bawah sisi badan, terdapat cetakan 3D perkataan PANDA sebagai tanda penghormatan kepada model lagenda Fiat Panda yang asal.

Khabarnya kelak Fiat Grande Panda ini bakal ditawarkan dengan beberapa pilihan trenkuasa meliputi enjin 1.2 liter turbo dan juga pilihan hibrid dan juga elektrik sepenuhnya. Sudah tentu pilihan trenkuasa ini boleh diambil terus daripada saudara jauhnya, Citroen C3 generasi keempat.

BACA : CANTIK KAN FIAT PANDA HIBRID NI. HMMMMM

BACA : BINTANG INTER MILAN PANDU FIAT PANDA KLASIK JE JALANI LATIHAN

Google ads

B K

Back to top button