
MINI JOHN COOPER WORKS (JCW) TRACK DAY 2025 BERLANGSUNG 24-25 MEI, PAKEJ BERMULA RM99
MINI Malaysia telah mengumumkan penganjuran MINI John Cooper Works (JCW) Track Day 2025, acara eksklusif yang akan menggegarkan Gamuda Cove.
Didedikasikan buat peminat tegar MINI dan pencinta pemanduan berprestasi tinggi, acara ini menjanjikan pengalaman automotif penuh aksi dan adrenalin, sejajar dengan legasi perlumbaan John Cooper yang tersohor.
MINI JCW Track Day bukan sekadar meraikan barisan terbaharu dalam keluarga MINI, tetapi juga memperingati warisan perlumbaan yang dimulakan oleh John Cooper, individu yang berjaya mengubah sebuah kereta kompak menjadi juara di litar.
Antara bintang utama acara ialah MINI JCW Baharu, MINI JCW Serba Elektrik Pertama, MINI JCW Aceman Elektrik Pertama, serta MINI JCW Countryman.

Kesemua model berkenaan menggabungkan reka bentuk radikal, kejuruteraan sofistikated dan DNA pengendalian ala go-kart yang menjadi identiti MINI.
Turut memeriahkan pameran adalah model-model lain dalam barisan Keluarga MINI Baharu, termasuk MINI Cooper, MINI Cooper 5 Pintu, MINI Cooper Serba Elektrik, MINI Convertible Baharu, MINI Countryman dan Countryman Serba Elektrik, serta MINI Aceman Serba Elektrik yang ditawarkan dalam dua edisi khas iaitu Track Edition dengan grafik perlumbaan eksklusif dan Slick Edition yang tampil dengan corak perak elegan.
Menambah kehangatan acara adalah dua zon pemanduan istimewa:
- Zon Pemanduan JCW sepanjang 3.4km yang direka untuk mempamerkan kelajuan maksimum dan kawalan selekoh ekstrem.
- Zon Litar JCW, diinspirasikan daripada litar Kartdromo Parma di Itali, yang menampilkan selekoh teknikal tajam untuk menguji kecekapan brek, kawalan stereng serta cengkaman dalam keadaan sebenar.
Setiap model JCW, sama ada dengan enjin pembakaran dalaman mahupun pacuan elektrik akan dipandu dalam suasana kompetitif bagi membuktikan keupayaannya di atas litar.
MINI JCW Track Day 2025 dibuka kepada orang awam melalui pendaftaran awal, dengan sesi pemanduan ditawarkan pada 24 dan 25 Mei 2025 mengikut slot waktu berikut: 8.30 pagi, 10.00 pagi, 1.30 petang dan 3.00 petang.
Terdapat dua pakej untuk dipilih:
- Pakej RM330 – pengalaman penuh MINI JCW Track Day untuk 1 orang, termasuk sesi pemanduan go-kart serta tiket ke SplashMania dan Discovery Park untuk 2 orang.
- Pakej RM99 – akses kepada pengalaman MINI JCW Track Day dan litar go-kart untuk 1 orang.
Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan berikut: https://forms.gle/zFzaoRvFkqREb2oE7