Buletin

Focus ST Paling Laris di Eropah

Jentera keluaran Ford ini dinobatkan sebagai “Best Hot Hatch” oleh majalah Auto Express dan “Hot Hatch of the Year” daripada Top Gear.

Berdasarkan kepada penyedia data automotif Polk, Ford Focus ST diangkat selaku hot hatch paling laris di Eropah dalam tiga bulan terakhir tahun 2012. Focus ST mewakili 44 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan, mengatasi model Volkswagen Golf GTI dengan 33 peratus dan Renault Megane Sport (12 peratus).

Focus-ST-Paling-Laris-Eropah-3

Jumlah jualan keseluruhan Focus ST dalam tempoh tersebut adalah sebanyak 1,984 unit. Ini membolehkannya mengungguli carta hot hatch di United Kingdom, Denmark, Norway, Finland, Hungary, Switzerland, Sweden dan Belanda.

“Keseimbangan yang tiada bandingan dari aspek prestasi dan kebolehgunaan menyebabkan Focus ST menerima rebiu memberangsangkan. Anda perlu memandunya sendiri untuk mengetahui tahap responsif enjin dan casisnya,” kata Naib Presiden Pemasaran, Jualan & Servis Ford Eropah, Roelant de Waard.

Focus ST generasi ketiga mula dipasarkan di Eropah pada musim panas 2012. Ia dijana oleh unit enjin EcoBoost bersesaran 2.0 liter berkuasa 250PS. Jentera tersebut disifatkan sebagai kereta berprestasi global Ford yang sebenar.

Focus-ST-Paling-Laris-Eropah-4

Sejak pelancarannya, Ford telah menjual 3,819 unit Focus ST di Eropah dengan 74 peratus daripadanya adalah versi hatchback, manakala baki 26 peratus ialah varian wagon.

Untuk pasaran Malaysia, Focus ST ditawarkan oleh pengedar rasmi kenderaan Ford di sini iaitu Sime Darby Auto ConneXion pada harga RM209,000 (di atas jalan termasuk insurans).  Harus tahu juga bahawa Malaysia merupakan negara pertama di rantau ASEAN yang melancarkan Focus ST! 

[hr top]
Gallery
[hr_invisible]

Focus-ST-Paling-Laris-Eropah-5Focus-ST-Paling-Laris-Eropah-6Focus-ST-Paling-Laris-Eropah-7Focus-ST-Paling-Laris-Eropah-8Focus-ST-Paling-Laris-Eropah-9

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button