Peranti

UrBeats daripada Dr. Dre

Tawaran terbaharu ini boleh anda miliki pada pada harga RM400 seunit. 

Penggemar sistem audio berkualiti daripada barisan produk keluaran Dr Dre pasti teruja dengan penambahan terbaru siri earphone jenama itu, UrBeats. Menggabungkan tata bunyi menakjubkan dengan daya tahan maksimum, peranti kecil ini menawarkan lonjakan maklum balas bagi frekuensi tinggi bass.

Pada masa yang sama memberikan perlindungan terbaik, terutama kepada struktur fizikalnya untuk membolehkannya bertahan lama.

UrBeats-daripada-Dr-2

Perumah khas yang dibangun menggunakan logam bagi menghalang gegaran dan gangguan yang tidak sepatutnya. Ini sekali gus memberikan pengalaman pendengaran paling menarik kepada pendengar.

Apa yang boleh anda jangkakan daripada unit kecil ini? Bunyi bass yang padu dan mendalam. Selain nada tinggi yang tajam serta midrange yang begitu jelas. Ia didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Rekaannya yang ringan menjadikan unit ini serasi untuk kegunaan aktif seperti bersenam, aktiviti kembara atau apa saja rutin seharian anda. Turut disediakan bersama pada peranti ini ialah mikrofon binaan dalam dail kawalan bagi memudahkan kendalian dan jika ingin membuat panggilan daripada telefon.

UrBeats boleh didapati di seluruh negara melalui rangkaian pasaraya utama serta premis jualan peranti elektronik terkemuka pada harga RM400.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button