Buletin
FORD ADA MASALAH BARU – BEKALAN LOGO OVAL TAK CUKUP
Masalah kekurangan cip semikonduktor bukan satu masalah baharu, memandangkan banyak pengeluar turut terkesan dengan isu ini.
Namun, Ford pula berdepan dengan masalah baharu, di mana mereka kini kekurangan bekalan lencana dan emblem untuk dipasangkan pada model-model produksi.
Laporan daripada laman Wall Street Journal menyebut, disebabkan bekalan emblem dan plet nama yang tidak mencukupi, Ford terpaksa menangguhkan sementara penghantaran bagi sesetengah model kenderaan yang popular, seperti trak pikap F-Series.
Ford menjangkakan kira-kira 40,000 hingga 45,000 unit kenderaan tidak dapat diedarkan pada akhir suku ketiga disebabkan masalah kelewatan bekalan komponen. – The Wall Street Journal