CITROEN LANCAR LOGO BAHARU
Citroen baru-baru ini mendedahkan identiti jenama dan logo baharu yang memberikan penghormatan kepada logo asal yang wujud pada tahun 1919.
Ia masih lagi mengekalkan elemen ‘double chevron‘, namun dengan pendekatan yang lebih minimalis dan ringkas.
Menurut Citroen, logo baharu ini akan muncul secara rasmi pada sebuah model konsep yang akan diperlihatkan menjelang akhir bulan ini, sebelum digunakan pada model-model produksi sebenar bermula pertengahan 2023.
Sepanjang 103 tahun sejarah penubuhan Citroen, ini merupakan perubahan logo yang kesepuluh, dan yang ketiga untuk tempoh 13 tahun.
Untuk tempoh bertahun-tahun, kebanyakan model CItroen menggunakan rekaan gril krom berkembar sebagai pelengkap kepada logo double chevron, dan dengan penggunaan logo baharu ini mungkin sekali akan mengubah pendekatan rekaan pada model Citroen akan datang.
Menurut Citroen, emblem baharu ini akan mencetuskan hala tuju baharu di dalam bahasa rekaan produk mereka, dengan logo baharu yang bakal menjadi satu elemen yang akan menjadi perhatian umum pada semua model Citroen.