Buletin

HYUNDAI “TYPE-R” – i30 N FIRST EDITION HABIS DIJUAL DALAM MASA DUA HARI

Hyundai mungkin kereta sukan terakhir yang akan Abang Japar beli di atas muka bumi ni. Itupun kalau dah tak ada kereta sangat kat kedai yang laju di atas 200hp. Tapi nanti dulu, ini bukan cerita Hyundai dulu-dulu, ini adalah tentang Hyundai i30N, versi Type-R yang cukup berpotensi menggugat model hot hatch seperti Ford Focus, Renault Megane, Volkswagen Golf dan Honda Civic Type-R.

Pada pertengahan Juali lalu, Hyundai melancarkan i30N Edition dan beberapa hari lepas, mereka membuka tempahan untuk model eksklusif yang dikenali sebagai First Edition untuk pelanggan di Jerman. Hanya 100 unit sahaja ditawarkan dan ia terjual dalam masa dua hari.

BACA: HYUNDAI PERKENAL i30N EDITION, 271 HP!

N Performance lahir dari ilham manusia ini – Albert Biermann. Beliau individu paling layak mengemudi unit penting bagi masa depan Hyundai. Biermann berpengalaman luas dan merupakan bekas Pengarah BMW bahagian M Division.

Hyundai i30N dibina bedasarkan platform i30 dan dipasangkan dengan enjin 2.0 T-GDi empat selinder. Ia mampu menghasilkan sejumlah 247bhp pada 6000rpm dan 260 paun tork pada 1450-4500rpm. i30N juga didatangkan dengan pilihan Performance Pack yang menawarkan kuasa sehingga 271 kuasa kuda dengan pecutan 0- 62 batu sejam dalam masa 6.1 saat – menjadikan ia model terpantas pernah dihasilkan Hyundai.

First Edition mengambil varian Performance Pack dan memberi keutamaan kepada pelanggan Jerman di mana Pusat Ujian Hyundai Eropah ditempatkan. Pelanggan perlu membayar €1,000 untuk menempah model ini dan bukan itu sahaja, mereka juga akan diiringi ioleh Ketua rekabentuk i30N untuk mendapatkan latihan pemanduan profesional.

Mereka akan dilatih memandu di litar Nurburgring dan jangkapendek ini akan memberi pengalaman sebenar kepada pemandu untuk memaksimumkan teknologi yang dipasangkan pada kereta ini.

Hyundai cuba melakukan strategi yang berbeza memasarkan kenderaan prestasi pertama mereka. Ia sebuah kereta yang hebat dan pemandu perlu diberi latihan supaya prestasi kereta ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

GALERI

 

 

Tags
Google ads
Back to top button