Buletin

FORD DEDAH MUSTANG CONVERTIBLE

Ford Motor Company hari ini mendedahkan model Ford Mustang convertible  kepada orang ramai apabila ia memulakan siri jelajah ke lebih 50 buah acara auto show di seluruh Amerika Syarikat (AS).

Ford Mustang merupakan kereta sports paling laris di AS. Varian terbaharu itu dijangka mula dijual di pasaran Amerika Utara pada musim luruh tahun ini.

Sebagai sebuah sports coupe terlaris di dunia, Mustang paling canggih ini hadir bersama pelbagai bentuk penambahbaikan. Ini termasuklah teknologi baru dan perubahan reka bentuk yang memudahkan pemilik melakukan ubah suai.

BACA: VETERAN PERANG TERIMA FORD MUSTANG 2018 DRPD DUTA FORD, THE ROCK!

Terdapat tiga warna baru, 12 pilihan rim dan satu kluster meter digital yang boleh diubah suai. Manakala enjin yang lebih berkuasa dan teknologi suspensi MagneRide baharu menawarkan prestasi terbaik.

Mustang convertible  kini tampil dengan rekaan lebih aerodinamik serta atletik bersama rekaan bahagian hadapan dan belakang yang baru. Antara teknologi baru yang dipasang termasuklah kluster instrumen digital bersaiz 12 inci dan MyMode dengan fungsi memori yang menyimpan data corak pemanduan anda.

Tidak terkecuali ciri-ciri bantuan pemanduan yang baharu seperti Pre-Collision Assist dengan Pedestrian Detection. Mustang convertible dikuasakan oleh enjin 2.3 liter EcoBoost atau 5.0 liter V8 yang dipadankan dengan kotak gear 10 kelajuan baharu.

Google ads
Back to top button