Buletin

FORD EXPLORER 2023 RASMI DI CHINA – DATANG DENGAN SKRIN LEBAR 27 INCI!

Di China, Ford baharu sahaja melancarkan model SUV Ford Explorer 2023 yang telah dikemaskini dengan penambahbaikan dari segi luaran serta ciri yang dibawakan pada ruang kabin.

Antara perubahan yang wujud pada model Explorer 2023 ini termasuklah rekaan gril yang sedikit besar berbanding modle terdahulu, liang kemasukan bampar yang lebih kecil, serta unit lampu utama LED yang dihubungkan oleh jalur LED di bahagian tengah.

Lampu belakang juga turut mendapat set baharu LED yang dihubungkan dengan jalur krom, diikuti dengan bampar belakang disemak semula dengan kehadiran skid plate dan tip ekzos berkembar.

Sementara ruang kabin telah mendapat perubahan yang besar, di mana bahagian papan pemuka kini menempatkan skrin lebar sebesar 27 inci, corong pendingin hawa yang dikecilkan, konsol tengah yang sengaja ditinggikan serta penggunaan upholsteri yang lebih premium.

Antara ciri lain termasuklah kluster digital 12.3 inci, skrin paparan head-up, sistem audio B&O, kawalan iklim tiga zon, serta keupayaan swapandu Tahap 2+.

Untuk pasaran tersebut, Ford Explorer dikuasakan oleh nadi 2.3 liter turbo EcoBoost yang mampu menjana kuasa 272 hp dan 425 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan dengan sistem pacuan roda belakang atau semua roda bergantung kepada spesifikasi yang dipilih.

Google ads
"
"
Back to top button