Buletin

FORD FOCUS BERI AMARAN UNTUK ELAK MASUK LALUAN LAWAN ARUS

Kes kemalangan yang melibatkan kenderaan tersasar ke laluan bertentangan memang banyak berlaku. Hendak bercerita mengenainya juga agak menyedihkan. 

Tersasar ke laluan bertentangan ini masalah global dan pada tahun lalu sebanyak 22 kematian berlaku di Jerman baik di lebuh raya atau jalan raya biasa.

Apa yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini? Seperti biasa, teknologi perlu masuk campur.

Ini yang dilakukan oleh Ford apabila memperkenalan teknologi Wrong Way Alert untuk Focus baharu.

Menurut Jan Guesten, Jurutera Pembangunan di Ford Eropah, pemandu yang penat, keliru dengan tanda jalan yang tidak baik atau memandu dalam cuaca buruk boleh menyebabkan mereka tersalah jalan dan seterusnya membahayakan nyawa mereka dan orang lain.

Sistem Wrong Way Alert adalah sebahagian daripada teknologi Traffic Sign Recognition Ford sedia ada.

Teknologi ini menggunakan maklumat GPS daripada sistem navigasi untuk mengesan kedudukan kereta dan kamera pada cermin depan yang mampu mengesan papan tanda seperti had laju dan memaparkannya ke papan pemuka atau ke cermin (Head-up display).

Jika pemandu melalui papan tanda ‘no entry’, bunyi dan paparan amaran dikeluarkan melalui simbol ‘no entry’ dan juga mesej untuk memeriksa arah laluan.

Ford telah menguji teknologi ini yang mulanya ditawarkan kepada pelanggan di Austria, Jerman dan Switzerland di litar ujian syarikat di Lommel, Belgium menggunakan papan tanda ‘no entry’ yang diletakkan di jalan susur keluar.

Bagi menguji pelbagai lagi jenis simpang, kamera diletakkan di hadapan skrin komputer yang menayangkan visual pemanduan menggunakan data GPS dunia sebenar.

Teknologi Wrong Way Alert ini salah satu daripada kelengkapan canggih pada Focus. Teknologi lain ialah seperti brek automatik apabila kereta dapat mengesan kemungkinan berlakunya pelanggaran dengan pejalan kaki atau basikal atau membantu pemandu mengelak halangan di depan.

Selain kamera di depan, Focus juga dilengkapi kamera belakang yang memberikan pandangan 180 darjah untuk keluar daripada parkir atau lebuh raya.

BACA: FORD AKAN BUANG SEMUA MODEL SEDAN DI AMERIKA UTARA DALAM MASA 5 TAHUN LAGI

BACA: HARGA FORD RANGER RAPTOR DI AUSTRALIA DIUMUMKAN. RM223K! APA LAGI MALAYSIA MAU?

Google ads
Back to top button