Artikel PilihanBuletin

BERAPAKAH MARGIN KEUNTUNGAN FERRARI DARI SETIAP KERETA YANG DIJUAL?

Perkara pertama yang terlitas bagi orang kaya untuk menunjukkan mereka kaya ialah dengan membeli Ferrari. Itu adalah tanda aras bagi mana-mana manusia di dunia pun rasanya. 

Dan itu menjadikan Ferrai syarikat yang kaya. Bukan itu sahaja, syarikat ini mencatat keuntungan paling besar bagi setiap unit yang mereka jual.

Menurut laporan boerse-express.com menerusi kajian yang dijalankan oleh professor ekonomi Ferdinand Dudenhöffer yang berpusat di Duisburg, setiap unit kereta yang dijual (dengan harga purata RM1.3 Juta), Ferrari mendapat keuntungan sekitar 69,000 Euro atau RM321,000.

Sebagai perbandingan, Porsche mengutip keuntungan sekitar RM79,000 untuk setiap kereta yang dijual. Lebih tinggi dari jenama Jerman lain seperti Audi, BMW dan Mercedes-Benz. 

Pun begitu, bukan semua jenama mewah ini mendapat laba besar. Jaguar Land Rover misalnya, hanya mendapat 800 Euro (RM3,700) bagi setiap unit kenderaan yang mereka jual.

Syarikat lain?

Tesla misalnya, bagi setiap unit yang dijual, mereka rugi sekitar 11,000 Euro atau RM51,000. Lebih menarik lagi, syarikat kereta mewah seperti Bentley sebenarnya turut rugi bagi setiap kereta yang mereka jual. Kajian tersebut menunjukkan kerugian sekitar 17,000 Euro (RM79,000) bagi setiap Bentley yang keluar dari pusat pameran mereka.

 
Google ads
Back to top button