Buletin

FORD LANCAR RANGER FX4 BAHARU, 3 JUN 2020 DI YOUTUBE DAN FB LIVE

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) mengumumkan Ford Ranger FX4 baharu akan dilancarkan  pada 3 Jun 2020 jam 11 pagi. 

Pelancaran tersebut bakal disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube dan Facebook Live.

Ford Ranger FX4 dihasilkan untuk para pelanggan yang suka menikmati pengembaraan hidup bersama trak mereka. Ia dilengkapi pelbagai ciri unik dan baharu. Bentuk luaran yang lasak diselarikan hingga ke dalam kabin untuk disesuaikan dengan gaya hidup pemilik yang sukakan cabaran.

Sinonim dengan ‘Built Ford Tough’, Ranger FX4 dilengkapi pelbagai teknologi pintar serta ciri keselamatan yang ada pada Ranger sedia ada.

Ini termasuklaj 4X4 Shift-On-The-Fly, pengelap cermin dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering), lampu Daytime Running Lights (DRL) dan lampu hadapan lebih terang. 

Ia turut dipasang dengan dua beg udara, Limited Slip Differential , fungsi Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control), Hill Launch Assist, ABS, EBA, EBD, cagak ISOFIX, Kawalan Stabiliti Elektronik dengan Kawalan Cengkaman, Rollover Mitigation, Kawalan Ayunan Treler dan Kawalan Adaptif untuk Beban.

Bagi meraikan pelancaran tersebut, 150 pelanggan pertama yang membeli Ford Ranger FX4 akan menerima pakej aksesori percuma bernilai RM5,398 seperti berikut:

  • Bar sporty berwarna hitam dan tinted cermin gelap
  • Perakam Video Digital (DVR) yang dilengkapi dengan fungsi pintar seperti rakaman berdefinisi tinggi (HD), pandangan sudut lebar, rakaman waktu malam dan aplikasi mudah alih yang disambung melalui Hotspot serta kad memori 8GB.

Pelanggan yang ingin membuat tempahan awal sebelum pelancaran bagi mendapatkan pakej aksesori percuma ini boleh menghubungi Jurujual Digital di talian 019-204 1200 bermula jam 9 pagi – 4 petang pada Isnin – Jumaat, kecuali cuti umum. 

Google ads
Back to top button