Buletin

FORD PANGGIL SEMULA HAMPIR 1 JUTA KENDERAAN – YA. MASALAH BEG UDARA TAKATA

Nampaknya, masalah beg udara Takata belum menampakkan tanda-tanda akan berakhir. Terbaru, Ford Amerika telah mengumumkan memanggil semula hampir 1 juta kenderaan yang terlibat.

Ini adalah sebahagian daripada pengumuman keempat mereka sejak krisis beg udara ini bermula hampir empat tahun yang lalu. Penarikan semula ini melibatkan 782,384 kenderaan di Amerika Syarikat dan dan 149,652 unit di Kanada.

Model yang terlibat termasuk Ford Edge dan Lincoln MKZ, Fusion, MKZ, Mercury Milan dan Mustang.

Juruteknik Ford akan menggantikan inflator atau modul beg udara hadapan di sisi penumpang dengan yang baru, secara percuma. Ford tidak memberitahu bila mereka akan menghubungi pemilik kenderaan tersebut.

Modul beg udara yang rosak Takata mengandungi bahan kimia yang boleh merosot apabila terdedah kepada kelembapan dan suhu tinggi. Dalam keadaan yang lebih buruk, apabila beg udara meletup dalam kemalangan, inflator menyebarkan serpihan ke dalam kokpit.

Setakat ini, dipercayai sebanyak 23 kematian di seluruh dunia berlaku akibat beg udara ini  dan ia telah membawa kepada penarikan semula dalam dunia automotif terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah.

 

Google ads
Back to top button