
FORD PATENKAN SISTEM PENGECAJ EV SECARA MAGNETIK, TAK PERLU GUNA PLUG
Ford Amerika telah memfailkan satu paten baru sistem pengecaj untuk kereta elektrik yang berasaskan magnetik, jadi pemandu tidak perlu turun untuk menyambungkan plug kepada kenderaan mereka. Fail paten telah dikemukakan kepada United States Patent and Trademark Office (USPTO) pada 1 November 2022.
Teknologi ini akan menjimatkan masa pengguna, tidak memerlukan kabel pengecaj dan lebih senang untuk digunakan. Walaubagaimanapun sistem ini tidaklah menggantikan pengecaj biasa dengan kabel, tapi bertindak sebagai sistem pengecaj tambahan dengan port pengecaj dipasang di bampar kereta
Untuk memulakan proses pengecasan, kereta hanya perlu diparkir secara selari dengan pengecaj yang dipasang pada dinding atau lantai bangunan dengan pemindahan kuasa elektrik berlaku secara elektromagnetik.
Teknik ini dikenali sebagai pengecasan konduktif dimana kuasa elektrik dipindahkan melalui ruang antara kereta dan pengecaj, seperti mana nota yang terdapat dalam fail paten. Apa yang lebih menarik ialah, sistem ini boleh disesuaikan samaada menggunakan arus terus DC atau arus ulang alik AC.
Walaupun paten ini nampak boleh berjaya, buat masa ini Ford tidak bercadang untuk memperkenalkan teknologi pengecasan konduktif ini pada mana-mana model kereta elektriknya dalam masa terdekat atau menggantikan kabel pengecasan biasa.



