
FORD HENTI PENGELUARAN TIGA MODEL ICE, FOKUS PADA EV WALAUPUN…..
Laporan baru-baru ini mengatakan bahawa Ford sedia menghentikan pengeluaran kenderaan ICE dan mahu memberi fokus kepada kenderaan elektrik.
Antara bakal dihentikan produksi adalah model Escape, Edge serta Transit Connect. Menurut Ford, strategi tersebut adalah untuk memberi lebih banyak ruang kepada pembinaan kenderaan elektrik.
Meskipun pelan kenderaan elektrik Ford menelan kos begitu tinggi, namun syarikat itu masih percaya platform EV generasi keduanya berupaya mengurangkan kerumitan dan kos.

Autonews sebelum ini melaporkan platform tersebut akan menyokong pikap bersaiz penuh serta SUV tiga baris tempat duduk.
Selain itu, Ford turut mendedahkan mereka dijangka kehilangan AS$4.5 bilion (RM21 bilion), lebih daripada jangkaan mereka sebelum ini.
Bukan itu sahaja, sasaran untuk membina 400,000 EV setahun dalam pada 2024 seakan tidak mampu dicapai bahkan, matlamatnya menghasilkan 2 juta EV setahun menjelang 2026 juga sedang diperiksa semula.
Sebagai tambahan kepada EV, Ketua Pegawai Eksekutif Ford Jim Farley berkata, pembuat kereta itu merancang untuk melipatgandakan jualan model hibridnya berikutan kejayaan Maverick dan F-150 yang menggunakan elektrik.