Buletin

AUSTRALIA PERKENALKAN LESEN KHAS UNTUK PEMANDU SUPERCAR BERMULA 2024

Australia baru-baru ini memperkenalkan sistem undang-undang baharu dengan mewajibkan pemilikan lesen memandu khas kelas ‘U’ bagi pemandu kenderaan berkuasa tinggi.

Menurut Kerajaan negara itu, kira-kira 270 pemandu di negeri itu dikehendaki mendapatkan lesen kelas ‘U’ tersebut menjelang 1 Disember 2024.

Selain itu, pemohon juga perlu melengkapkan kursus latihan dalam talian yang direka khusus untuk pengendalian kenderaan berkuasa tinggi.

Untuk rekod, kursus tersebut merangkumi pelbagai topik termasuk kesedaran risiko, penggunaan sistem bantuan pemandu (ADAS) serta pemanduan kenderaan berkuasa tinggi secara selamat.

Demi keselamatan di jalan raya, kerajaan Australia turut meminta pemilik supercar untuk memastikan semua sistem bantuan pemandu seperti ABS, AEB, Stability Control dan Traction Control di dalam kenderaan sentiasa diaktifkan.

Tambahan, kenderaan-kenderaan diklasifikasikan sebagai kereta sport atau supercar akan tertakluk kepada peraturan lebih ketat bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Jelas Kerajaan Australia, pemandu yang menggunakan mod Sport sehingga mengakibatkan kematian atau kecederaan serius bakal menghadapi pertuduhan lebih berat di bawah undang-undang baharu ini.

Google ads
Back to top button