Buletin

FORD RANGER WILDTRAK 3.0L V6 TURBO DIESEL 2025 TIBA DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM192K

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (SDAC-Ford), pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu.

Dari segi penampilan, Ranger WildTrak ini menampilkan identiti tersendiri dengan lampu utama Matriks LED Prestasi Tinggi, rekaan lampu siang berbentuk C-clamp, rim aloi 20-inci bersama tayar 255/55 R20 serta tayar ganti bersaiz penuh.

Selain itu, ia diserlahkan lagi melalui lambang V6 pada dapra depan dan cermin sisi berkuasa dengan lampu lumpur turut menambah elemen praktikal serta gaya.

Bahagian kabin pula diberi sentuhan moden dan mesra pengguna, dengan paparan infohiburan skrin sesentuh 12-inci bersama sistem SYNC® 4A, sokongan Apple CarPlay® dan Android Auto™ tanpa wayar.

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi paparan TFT 8-inci, pengecas tanpa wayar serta port USB untuk kegunaan kamera kereta atau peranti mudah alih.

Beralih pada kuasa pula, model terbaharu ini hadir dengan enjin 3.0L V6 turbo diesel yang berupaya menjana kuasa 250PS pada 3,250rpm serta tork 600Nm pada 1,750 rpm, angka yang menjadikannya trak pikap paling berkuasa dalam segmennya.

Dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan, sistem pacuan empat roda dan enam mod pemanduan, ia menawarkan kelancaran serta kawalan optimum untuk pemanduan di atas jalan raya biasa mahupun laluan lasak.

Dari segi keselamatan, Ford membekalkan model ini dengan rangkaian teknologi bantuan pemandu terkini, termasuk;

  • Sistem Pengesanan Titik Buta (BLIS)
  • Amaran Keluar Lorong
  • Bantuan Kekal Lorong
  • Kawalan Jelajah Adaptif dengan fungsi Henti & Gerak
  • Pemberitahuan Trafik Silang Belakang
  • Brek Pasca Pelanggaran

Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik;

  • Arctic White
  • Absolute Black
  • Luxe Yellow
  • Meteor Grey

Harga jualan bermula dari RM192,888 di Semenanjung Malaysia serta RM198,688 di Sabah dan Sarawak (tidak termasuk insurans).

Bagi pelanggan awal, Ford menawarkan pakej servis lanjutan selama dua tahun beserta hadiah eksklusif termasuk beg pendingin edisi khas dan kerusi perkhemahan untuk tempahan dalam talian.

GALERI:

Google ads
Back to top button