
BYD SEAL 2025 DILANCARKAN – VARIAN PREMIUM DAN PERFORMANCE, HARGA BERMULA RM171K
BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan BYD SEAL 2025 bagi varian Premium dan Performance.
Hadir dengan penambahbaikan reka bentuk, keselesaan dan teknologi, BYD SEAL 2025 tampil dengan tirai suria kuasa elektrik untuk bumbung matahari panoramik, akses tanpa kunci (NFC BYD dan Kunci Bluetooth), pemegang kaca mata serta diserlahkan lagi melalui rim aloi 19-inci baharu.
Dari segi dimensi, ia berukuran berukuran 4,800mm X 1,875mm X 1,460mm, jarak roda pada 2,920mm.

Bagi warna, BYD SEAL 2025 didatangkan empat warna:
- Aurora White
- Altantis Grey
- Cosmos Black
- Shark Grey (baharu)
Beralih pada prestasi, varian Premium (RWD) dikuasakan motor elektrik yang menghasilkan 308hp dan 360Nm tork, dipadankan dengan bateri berkapasiti 82.5kWh.
Dengan set-up ini, ia mampu mencapai jarak sehingga 570 kilometer mengikut kitaran WLTP, manakala pecutan dari 0 hingga 100 kilometer sejam boleh dilakukan dalam masa hanya 5.9 saat.

Sementara itu, varian Performance (AWD) hadir lebih bertenaga dengan 523hp dan 670Nm tork, turut menggunakan bateri 82.5kWh.
Walaupun jarak pemanduan sedikit rendah pada 520 kilometer (WLTP), ia menebusnya dengan pecutan mengagumkan dari 0 ke 100 kilometer sejam dalam hanya 3.8 saat.
Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas sehingga 150kW, mengambil masa tempoh 37 minit bagi pengecasan dari 10-80%.
Ciri-ciri menarik lain pada model ini termasuklah dilengkapi Sistem Kawalan Badan Peredaman Pintar DiSus-C bagi varian Performance, sementara varian Premium menyediakan penyerap hentakan Peredaman Frekuensi Terpilih FSD untuk kawalan seimbang dan keselesaan.

Dari segi keselamatan, ia didatangkan dengan kelengkapan sistem kamera resolusi tinggi 360 darjah, sistem bantuan pemanduan tercanggih (ADAS) terdiri daripada Amaran Pelanggaran Berdepan, Brek Kecemasan Automatik, Bantuan Pengekalan Lorong dan banyak lagi.
Beralih pada harga pula, perincian setiap varian adalah seperti berikut:
- Premium: RM171,800
- Performance: RM191,800
Sempena pelancaran ini juga, 300 pelanggan terawal akan menikmati pakej promosi pelancaran bernilai sehingga RM10,888, termasuk pengecas dinding percuma, pakej servis serta rebat pelancaran istimewa.
GALERI:




















- BACA: FORD RANGER WILDTRAK 3.0L V6 TURBO DIESEL 2025 TIBA DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM192K
- BACA: ECCENTRICA PACCHETTO TITANO IALAH PENJELMAAN SEMULA LAMBORGHINI DIABLO – MAMMA MIA
- BACA: AUDI E5 SPORTBACK MULA DITAWARKAN DI CHINA – JARAK 773KM, SKRIN LED 59-INCI, HARGA BERMULA RM153K
- BACA: 400 PESERTA GEGAR SUNWAY PYRAMID DALAM SIMRACING CASTROL


