Artikel Pilihan

ECCENTRICA PACCHETTO TITANO IALAH PENJELMAAN SEMULA LAMBORGHINI DIABLO – MAMMA MIA

Kalau anda masih ingat pada acara Monterey Car Week tahun lepas, Eccentrica memperkenal model restomod Lamborghini Diablo yang dinamakan Eccentrica V12. Kini model yang sama muncul lagi tapi dengan gaya lebih ektrim dan dinamakan Pacchetto Titano atau dalam bahasa kita bermaksud pakej titan (tak ada kena mengena dengan kumpulan pelawak yang tak lawak).

Pacchetto Titano ini direka khas untuk kegunaan di litar lumba dan dinaiktaraf untuk prestasi dengan penuh teliti. Ianya khusus untuk individu berkemampuan yang perlukan sebuah mainan sebenar untuk berlumba di hujung minggu jadi dah tentulah modifikasinya bukan biasa-biasa.

Untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan (Diablo asal memang berat ooo), Eccentrica mengantikan panel badan dengan panel baharu yang dihasilkan daripada serat karbon sepenuhnya. Lebih ganas bila ia tidak disembur dengan lapisan cat menampilkan imej sebenar serat karbon.

Ia kemudian dipasang dengan spoiler belakang dan splitter depan rekaan baharu untuk meningkatkana downforce. Penggunaan tayar-tayar Pirelli Trofeo R dan sistem ekzos Capristo menjadikan Pacchetto Titani ini lebih agresif. Kalau tak menang perlumbaan pun ianya dah memang dari sudut flexing.

Titano juga menampilkan tetapan suspensi yang lebih keras dan dikawal menggunakan perisian khas untuk kawalan yang lebih baik. Kalau founder timbang kilo naik kereta ni mau bergegar satu badan sampai tanggal habis mekap dan bulu mata palsu. Sistem elektronik enjin juga dikalibrasi semula untuk kawalan pendikit yang lebih pantas .

Kuasa henti brek Brembo kini adalah lebih baik dengan penambahan corong-corong udara untuk penyejukan. Rim aloi tempa istimewa bersaiz 19 dan 20 inci kini dipasang dengan komponen serat karbon untuk mengurangkan berat.

Hanya satu eleman yang masih dikekalkan pada kereta ini iaitu enjin 5.7 liter V12 yang dilaras agar mampu menghasilkan 542 hp kuasa dan 442 Nm trok maksima. Kuasa dihantar terus ke tayar belakang menerusi kotak gear custom manual enam kelajuan.

Diablo ni memang kereta idaman dari dulu dan sampai bila-bila. Dah jalani proses restomod ni jadi lebih menarik rupanya.  

Google ads
Back to top button