
GENESIS G80 2025 – SEDAN MEWAH JENAMA KOREA YANG NAK LAWAN DENGAN SEDAN DARI EROPAH
Genesis Motor, divisyen kenderaan premium dan mewah dari Hyundai bersedia untuk meneruskan persaingan bagi segmen kenderaan sedan mewah dan premium dengan pengenalan model yang telah dikemas kini untuk tahun 2025 Genesis G80.
Ini adalah merupakan Genersis G80 generasi kedua yang telah pun diperkenalkan sedari tahun 2020 tetapi telah diberikan kemas kini untuk memberikan penampilkan yang lebih segar agar ianya tidak berasa segan untuk bersaing dengan model sedan premium dan mewah dari Eropah seperti BMW Siri 5.

Pada bahagian hadapan, Genesis G80 ini telah diberikan rupa yang sedikit tajam dengan gril yang turut direka semula dengan pemadanaan dua lapisan gril yang bersilang. Begitu juga rekaan bampar hadapan turut diberikan sentuhan baharu untuk tampil sedikit sporty berbanding model sebelumnya.
Malah bampar belakang turut diberikan rekaan baharu dengan membuang rekaan tip palsu di belakang tetapi telah menambah rekaan tiga dimensi serta rekaan berbentuk V pada bahagian bawah bampar. Rekaan rim baharu bersaiz 20 inci turut diberikan untuk menyerlahkan rupa Genesis G80 untuk model 2025 kelak.

Sebagai pilihan kepada varian standard, Genesis G80 ini turut didatangkan dengan varian Sport yang tampil dengan kemasan yang lebih sporty seperti rekaan bampar hadapan dengan corong udara yang lebih besar serta gril dengan kemasan gabungan warna gelap dan juga Chrome. Rekaan bampar belakang varian Sport turut direka semula untuk kelihatan lebih sporty dan juga terdapat dua corong ekzos berkembar.

Bahagian kabin menampilkan rekaan yang lebih eksklusif dan premium dengan penggunaan paparan skrin bersaiz 27 inci yang berintegrasi antara paparan digital untuk kluster meter dan juga sistem infohiburan di bahagian tengah. Terdapat bumbung panorama dan juga tempat duduk kulit Nappa dengan fungsi ventilasi udara. Sistem audio Genesis G80 baharu ini juga akan menggunakan Bang & Olufsen untuk kualiti yang lebih sedap didengar.

Untuk trenkuasa, varian standard akan menggunakan enjin 2.5 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 300 HP dan 422 Nm. Manakala untuk varian Sport ianya akan menggunakan enjin yang lebih berkuasa, 3.5 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa 375 HP dan 530 Nm. Kedua – dua enjin ini digandingkan dengan kotak gear auto lapan kelajuan dengan pacuan semua roda.
BACA : GENESIS NEOLUN CONCEPT – SUV ELEKTRIK MEWAH UNTUK GOLONGAN BANGSAWAN
BACA : GENESIS G90 LONG WHEEL BASE – INI BARULAH KERETA UNTUK BOS BOS!



