
CARLOS SAINZ SR KINI BERGELAR JUARA DAKAR RALLY PALING TUA DALAM SEJARAH – TUA-TUA BERISI
Nama Carlos Sainz Sr. memang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat rali. Beliau merupakan pemandu lagenda era 90an, pemilik pasukan lumba Extreme E dan bapa kepada pelumba F1, Carlos Sainz Jr. Pada usia 61 tahun Sainz mungkin kelihatan sebagai seorang yang sudah bersara daripada perlumbaan aktif tapi pada Jumaat lepas Sainz membuktikan beliau masih berdaya saing dengan memenangi kelas perlumbaan Dakar Rally 2024.

Pada usia 61 tahun juga, Sainz merupakan juara Dakar Rally tertua dalam sejarah. Beliau bersaing hebat dengan Sebastian Loeb yang juga bekas juara WRC sepanjang perlumbaan. Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi Loeb dan pasukan Prodrive kerana mengalami masalah mekanikal pada hari Khamis sebelumnya.
Sainz muncul sebagai juara dengan perbezaan masa keduanya hampir satu jam. Guillaume de Mevius yang memandu Toyota di tempat ketiga manakala Loeb sekadar di tempat ketiga dengan memandu Prodrive Hunter.

Ini merupakan kemenangan Dakar keempat untuk Sainz dan jika kemenangan beliau dalam Central European Rally 2008 yang menggantikan Rally Dakar 2008 diambil kira ia menjadi kemenangan kali kelima buat Sainz.
Ini bermakna Sainz telah memenangi perlumbaan Dakar yang telah diadakan di Arab Saudi dan juga Amerika Selatan. Power oo orang tua ni. Cuma Rali Mentakab je dia tak pernah menang lagi.
Kemenangan Sainz juga bermakna kemenangan pertama untuk Audi. Walaupun mereka merupakan kuasa besar rali dunia dan Pikes Peak pada era 80an, pencapaian mereka dalam dunia rali selepas itu agak sendu. Cubaan pertama mereka untuk menguasai Dakar ialah dengan menggunakan jentera unik paduan motor Formula E dan enjin DTM pada tahun 2022.
Jentera yang dipandu Sainz ialah RS Q E-Tron yang sungguh ekstrim dan dihasilkan khusus untuk perlumbaan. Ia tidak berkongsi sebarang alat ganti dengan kereta-kereta penumpang keluaran Audi walaupun terdapat model Q8 didedifikasikan khas untuk semangat perlumbaan Dakar.
Korang rasa Alza abang layak tak masuk Dakar Rally? Tapi abang umur belum sampai 60 lagi. Baru nak masuk 23 tahun tahun ni.