Artikel PilihanBuletin

FORD TARIK DIRI DARI PASARAN JEPUN &  INDONESIA

Ford Motor Co  menyatakan akan menutup operasinya di Jepun dan Indonesia tahun ini. Pengeluar jenama kereta Amerika Syarikat itu  bergelut untuk meningkatkan perkongsian pasaran di dua buah negara terbabit dan menjana keuntungan.

ford-tamat-biz-jepun-indonesia-mekanika (1)

Selain itu, Ford juga akan menutup semua pusat jualannya, menghentikan jualan, import kenderaan Ford dan Lincoln. Pembangunan produk di Jepun difahamkan akan dipindahkan ke lokasi lain.

Presiden Ford Asia Pasifik, Dave Schoch berkata kakitangan yang berpangkalan di Jepun dan Indonesia tidak lagi bekerja dengan Ford Jepun dan Indonesia susulan penutupan berkenaan.

ford-tamat-biz-jepun-indonesia-mekanika (6)

Ford memulakan operasinya di Jepun pada 1974 dengan 52 buah pusat jualan. Tahun lalu, Ford menjual 5,000 kenderan di Jepun dengan perkongsian 1.5 peratus pasaran kereta import baharu.

Syarikat tersebut juga berhadapan kesukaran untuk menjual model Fiesta, Mustang dan Explorer di pasaran Jepun. Hal ini kerana, sudah pasti pasaran berkenaan didominasi produk tempatan iaitu Toyota Motor Corp, Honda Motor Co, Nissan Motor Co dan jenama domestik lain.

ford-tamat-biz-jepun-indonesia-mekanika (3)

Sementara itu, Ford Indonesia sudah terlebih dahulu membuang pekerjanya beberapa bulan lalu. Sebelum berita penutupan berkenaan.

Pengarah Urusan Ford Motor Indonesia, Bagus Susanto berkata pihaknya akan memastikan pelanggan dapat terus mengunjungi cawangan Ford untuk layanan penjualan, servis, dan waranti sehingga beberapa bulan ke hadapan.

ford-tamat-biz-jepun-indonesia-mekanika (1)

“Kami komited dalam menyediakan kesinambungan servis setelah tamatnya jenama Ford. Selain akan menghubungi pemilik sebelum proses penggantian untuk memaklumkan  mengenai perancangan baharu,” katanya.

Ford memulakan perniagaannya di Indonesia pada 2002 dengan 44 pusat jualan. Tahun lalu sebanyak 6,000 kenderaan terjual.  Tanpa pemasangan tempatan (CKD),  pihak Ford tidak dapat bersaing dengan mudah berbanding jenama lain di Indonesia yang jauh lebih murah.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button