Buletin

FORD TUTUP SEMENTARA PRODUKSI F-150, MASALAH BEKALAN CIP LAGI

Dalam satu laporan terkini oleh Reuters, Ford diberitakan menutup sementara barisan produksi F-150 pada minggu ini.

Penutupan sementara produksi trak pikap paling laris di Amerika Syarikat itu adalah disebabkan oleh masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor yang masih lagi membelenggu sebahagian besar syarikat automotif di peringkat global.

Ini merupakan kali kedua Ford melakukan langkah tersebut setelah pengurangan jumlah output di kilang Michigan dan Missouri pada awal bulan Februari yang lalu.

Penutupan sementara ini bukan sahaja melibatkan output pengeluaran, malah ia juga menyebabkan sebilangan besar pekerja terpaksa ‘bercuti’ sehingga 7 Mac ini.

Sumber: Reuters

Google ads
Back to top button