
ALLIANZ MOTORCYCLE PLUS LINDUNGI PEMBONCENG SECARA PERCUMA
Allianz Motorcycle Plus mendapat penambaikan dengan perlindungan dipertingkatkan untuk penunggang dan pembonceng motosikal 250cc dan ke bawah.
Melalui Allianz Motrcycle Plus (Komprensif atau Pihak Ketiga), ia menawarkan perlindungan tambahan kepada penunggang dan pembonceng yang sah dengan RM10,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal setiap seorang.
Selain itu, perlindungan berkenaan turut memberi pendapatan hospital RM6,000 setiap seorang (RM100 sehari sehingga 60 hari) tanpa sebarang kos tambahan.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General), Sean Wang berkata kadang-kala penunggang motosikal tidak mengambil perlindungan tambahan kerana tidak mampu atau kurang memahami tentang insurans.

“Penunggang motosikal layak mendapat perlindungan yang mampu milik dan berguna.
“Justeru, kami berharap dapat memberikan mereka perlindungan melalui Allianz Motorcycle Plus yang diperingkatkan ini.,” katanya ketika melancarkan Allianz Motorcycle Plus di Plaza Sentral, Kuala Lumpur.
Hadir sama ialah Timbalan CSO, Allianz General, Sazali Abd. Rahman dan pelakon Fattah Amin.
Sean menjelaskan sebanyak 90 peratus motosikal di jalan raya negara ini merupakan kapcai ataupun model 250cc dan ke bawah.

Beliau berkata, Allianz ingin memberi kemudahan perlindungan kepada golongan terbabit dengan menyediakan polisi komprenhensif dan pihak ketiga tanpa kos tambahan.
“Ketika dunia berdepan pandemik, kami mahukan para penunggang mendapat perlindungan mampu milik mengikut kemampuan mereka,” ujarnya.
Allianz Motorcycle Plus (Komprenhensif) melindungi kerugian atau kerosakan kepada motosikal dari kemalangan, kebakaran dan kecurian.

Ia turut melindungi apabila berlaku kematian, kecederaan anggota badan pihak ketiga, kerosakan atau kerugian harta pihak ketiga.
Dalam pada itu, polisi pihak ketiga turut memberi perlindungan terhadap kecederaan anggota badan dan kematian pihak ketiga serta kerosakan atau kerugian menimpa mereka.
Allianz Motorcycle Plus (Komprenhensif) juga menawarkan perlindungan tambahan untuk semua Perlindungan Jumlah Yang Diinsuranskan Penuj Peril Khas (melindungi dari banjir, tanah runtuh atau mana-mana bencana alam).
Tidak ketinggalan perlindungan berkenaan memberi bantuan tepi jalan yang ditawarkan Allianz Road Rangers.
Bantuan tepi jalan termasuk bantuan trak tunda kecemasan, penghantaran minyak, bateri dan perkhidmatan tayar pancit.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Allianz Motorcycle Plus boleh melayari allianz.com.my.
- BACA: PIAM, MTA MINTA PEMEGANG POLISI INSURANS DAN TAKAFUL RUJUK SYARAT PERLINDUNGAN BANJIR
- BACA: 59% PEMANDU TIADA INSURANS PERLINDUNGAN BANJIR – ZURICH MALAYSIA
- BACA: PENJAWAT AWAM BOLEH POTONG GAJI, BAYAR ANSURAN INSURANS KENDERAAN DAN CUKAI JALAN
- BACA: EKZOS PUNYA HAL. PEMILIK SUBARU BRZ TAK BOLEH TUNTUT INSURANS BILA TOTAL LOSS



