
NIKMATI REBAT SEHINGGA RM20,000 UNTUK VOLVO BAHARU DENGAN VOLVO CAR FINANCIAL SERVICE, KADAR FAEDAH SERENDAH 1.71% SAHAJA
Volvo mengorak langkah proaktif dalam membantu pemandu di Malaysia untuk bertukar kepada kereta elektrik dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida apabila melancarkan satu kempen khas bermula 1 Julai hingga 30 September 2023.
Menerusi pakej Volvo Car Financial Services, bakal pembeli akan menikmati kadar pembiayaan kenderaan yang menarik iaitu serendah 1.71% sahaja bagi pembiayaan selama 9 tahun, 1.72% untuk 7 tahun dan 1.75% untuk tempoh 5 tahun.
Pakej pembiayaan itu turut memberikan penjimatan segera RM20,000 ke atas prinsipal pinjaman untuk setiap tempahan Volvo XC40 Recharge Pure Electric atau Volvo C40 Recharge Pure Electric dalam tempoh promosi ini.

Pembeli juga boleh memilih untik menambah bayaran ansuran setiap bulan yang akan digunakan untuk mengurangkan baki prinsipal pinjaman, sekali gus memberikan penjimatan yang lebih baik berbanding pinjaman kadar tetap.
Kaedah tersebut bakal memberikan penjimatan kepada pembeli di antara RM23,000 sehingga RM26,000, bergantung pada tempoh pembayaran, jika pemilik memutuskan untuk menyelesaikan baki pinjaman kenderaan elektrik lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
Malah, sekiranya anda mampu untuk menyelesaikan pinjaman dalam masa yang lebih singkat melalui penyelesaian awal atau dengan pembayaran tambahan, penalti tidak akan dikenakan kepada peminjam yang membeli Volvo XC40 Recharge Pure Electric atau Volvo C40 Recharge Pure Electric.

Promosi daripada Volvo Car Financial Services ini juga boleh digunapakai apabila anda memesan Volvo XC40 Pure Recharge atau Volvo C40 Pure Recharge di atas talian di sini.
Bagi pembeli yang ingin memilih kenderaan plug-in hybrid dengan kebebasan untuk bergerak ke mana-mana sahaja tanpa berasa bimbang, Volvo turut ada menawarkan barisan kenderaan hibrid berteknologi tinggi seperti Volvo XC60 Recharge dan Volvo XC90 Recharge.
Bagi model plug-in hybrid ini, Volvo menawarkan rebat yang besar dan berbaloi untuk dipertimbangkan. Bakal pembeli juga akan ditawarkan dengan perlindungan takaful/insurans yang bernilai sehingga RM7,000 untuk tahun pertama.