Motosikal

FRANCO MORBIDELLI PINJAM YAMAHA MT-09 POLIS. CUAK TERLEPAS PENERBANGAN KE ITALI

Perlumbaan MotoGP di Litar Mandalika, Indonesia baru-baru ini menyingkap pelbagai kisah sehingga menarik perhatian penggemar arena automotif.

Antaranya termasuk pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Franco Morbidelli yang ‘meminjam’ jentera polis pengiring Yamaha MT-09 untuk mengejar jadual penerbangan ke Itali.

Bahkan, momen Morbidelli menaiki jentera berkenaan bertebaran di media sosial termasuk akaun rasmi Instagram MotoGP.

Melalui perkongsian di laman MotoGP, ia memaklumkan pelumba terbabit turut memulangkan semula motosikal berkenaan.

“Pegawai polis Indonesia membenarkan Franco Morbidelli meminjam motosikal agar dapat tiba di lapangan terbang pada masanya.

“Jangan risau, Franky memulangkan semula motosikal itu!,” tulis perkongsian berkenaan. – kompas/GPone

Google ads
Back to top button