Buletin

FROC BORNEO ANJUR PERHIMPUNAN MEGA TT KE-7, HIMPUN 107 AHLI KELAB

Ford Penampang baru-baru ini telah menganjurkan sebuah acara Perhimpunan Mega TT ke-7 dengan kerjasama Kelab Pemilik Ford Ranger (FROC) Borneo.

Bertempat di J Borneo Native Village di Penampang, ia merupakan acara terbesar anjuran kelab berkenaan setakat ini, dan berjaya menghimpunkan 107 ahli kelab.

Dengan penyertaan 320 peserta, terdiri daripada pemilik dan ahli keluarga mereka, acara ini dianjurkan bertujuan untuk memperkukuhkan lagi keakraban berkomuniti dalam kalangan mereka.

Perhimpunan Mega TT ke-7 dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuklah menawarkan hadiah menarik serta anugerah untuk mengiktiraf Ranger yang paling menonjol dalam pelbagai kategori.

Program sehari itu disusun dengan teliti bagi memenuhi minat dan menghiburkan semua yang terlibat, menjadikannya sebuah pengalaman manis untuk dikenang oleh semua peserta.

Ditubuhkan pada 2013, FROC Borneo ketika ini mempunyai seramai 1,009 ahli.

Kelab itu menganjurkan dua atau tiga acara setahun untuk mengeratkan kerjasama dengan SDAC-Ford yang turut membawa kepada lebih banyak perkongsian pengetahuan mendalam terhadap Ranger.

Menurut SDAC-Ford, ia akan terus komited untuk mengekalkan hubungan rapat dengan ahli kelab pemilik dengan cara menyokong rangkaian pelbagai kelab pemilik Ford melalui usaha sama erat.

Google ads
Back to top button