Buletin

BELI FORD RANGER XLT PLUS, MENANG TIKET KONSERT K-POP DAN HADIAH MISTERI MELALUI ‘CHRISTMAS SPIN & WIN’

Masa berlalu begitu pantas, seiring waktu, hujung tahun pun menghampiri dan sudah tentu ada pelbagai promosi ditawarkan kepada anda.

Tetapi, anda tahu ada promosi lebih menarik?

Ford baru-baru ini mengumumkan penawaran hebat iaitu beli Ford Ranger XLT Plus, anda akan berpeluang untuk memenangi dua tiket VIP konsert artis K-Pop ‘The Other Side’ ASIA TOUR 2024, Mark Tuan.

Promosi berkenaan bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2023 dan cara penyertaannya juga mudah, hanya memuat naik foto Ford Ranger XLT Plus baharu anda di Facebook atau Instagram, kemudian pemenang akan dipilih melalui jumlah ‘Likes’ terbanyak.

Pemenang bertuah akan diumumkan pada 2 Januari 2024.

Masih belum cukup?

Ford, melalui Capital Intertrade FORD di Sungai Penchala, TTDI, turut menawarkan hadiah misteri menerusi ‘Christmas Spin & Win’ apabila anda servis kenderaan dengan kos RM400 minimum.

Jadi, kepada pelanggan sedia ada atau berminat mendapatkan Ford Ranger XLT Plus dan ingin membawa hadiah menarik, jangan lupa untuk mengambil kesempatan ini!

Selain itu, Capital Intertrade FORD TTDI juga aktif membuat program pengenalan Ford Ranger untuk para pelanggan, antaranya ‘Know-Your-Car session’ di M4TREC, Semenyih.

Program berkenaan dianjurkan bagi memberi peluang kepada para pelanggan untuk merasai kehebatan Ford Ranger mereka yang sememangnya ‘Tough’ dan juga untuk memberi pengalaman aktiviti 4×4 sekeluarga.

Selain itu, Ford TTDI amat aktif dalam kegiatan sukan motorsports 4×4. Kebiasaannya hanya lelaki yang mendominasi sukan motorsports 4×4, maka FORD TTDI memberi peluang kepada Wanita yang berbakat dalam aktiviti 4×4 dengan menganjurkan mereka untuk mencaburi acara-acara 4×4 di serantau semenanjung dengan team wanita mereka yang digelar “All Ladies 4×4 Team”.

Bukan itu sahaja, Capital Intertrade FORD TTDI turut berbakti kepada masyarakat melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi dan ikuti media sosial Ford TTDI di Facebook, Instagram atau terus ke Capital Intertrade FORD TTDI untuk merasai sendiri pengalaman di Ford No.1 dealership di Kuala Lumpur.

GALERI:

Google ads
"
"
Back to top button