Buletin

FORD RANGER PLATINUM TIBA DI PASARAN TEMPATAN – TAMPIL LEBIHH MEWAH, JANA 207HP, HARGA BERMULA RM183K

Selain Ford Everest WildTrak Edisi Khas, turut diperkenalkan hari ini ialah model Ford Ranger Platinum.

Tampil lebih premium dan mewah, model ini didatangkan dengan rim bersaiz 20-inci, lampu utama LED Matrix, rekaan gril khusus, sistem rak fleksibel bersama bumbung Swing-in-Place serta ciri Power Roller Shutter.

Bagi warna, ia didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu:

  • Equinox Bronze
  • Meteor Grey
  • Absolute Black

Di bahagian dalam, ia disertakan dengan kluster instrumen digital bersaiz 12.4-inci, skrin infotainmen 12-inci dengan perisian SYNC 4A terkini.

Bukan itu sahaja, kerusi barisan hadapan mempunyai ciri pemanas dan pengudaraan serta boleh dilaras 10 tahap dengan fungsi memori untuk pemandu

Perincian lain termasuklah dilengkapi sistem audio Bang & Olufsen, lampu suasana, ciri e-Shifter dan Bantuan Parkir Aktif 2.0 selain, dilengkapi liang aliran udara dengan tiga tetapan memori.

Beralih kepada kuasa, model ini dikuasakan oleh enjin diesel 2.0L Bi-Turbo, menghasilkan 207hp pada 3,750rpm dan tork 500Nm pada 1,750-2,000rpm.

Kuasa pula disalurkan menerusi sistem pacuan empat roda dengan kawalan elektrik, dengan transmisi automatik 10-kelajuan dan e-Shifter.

Ford Ranger Platinum kini boleh dimiliki pada harga bermula RM183,888 atas jalan dan tidak termasuk insurans.

GALERI:

Google ads
Back to top button