
FORD EVEREST WILDTRAK KINI DI MALAYSIA – JANA 207HP, HARGA BERMULA RM338K
Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), hari ini secara rasmi memperkenalkan Ford Everest WildTrak Edisi Khas.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,914mm/1,923mm/1,840mm dengan jarak roda diletakkan pada 2,900mm.
Di bahagian luar, ia menampilkan pencahayaan LED di hadapan serta belakang, dilengkapi DRL, gril yang menonjol dengan huruf ‘WildTrak’ hitam di bahagian bonet belakang.

Untuk rekod, Ford Everest WildTrak ditampilkan dengan warna baharu iaitu Luxe Yellow bersama aksen Kelabu Batu. Pilihan warna lain ialah Meteor Grey dan juga Absolute Black.
Di dalam kabin, SUV tujuh-tempat duduk tersebut direka bentuk semula dengan tempat duduk jenis kulit sintetik berwarna hitam termasuk, dikemaskan lagi melalui jahitan oren serta logo ‘Wildtrak’.
Perincian lain termasuklah dimuatkan skrin sentuh bersaiz 12-inci, kluster instrumen berwarna penuh 12.4-inci, bumbung panoramik serta pendingin hawa untuk penumpang di bahagian belakang.

Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi rangkaian lengkap teknologi bantuan pemandu seperti Bantuan Parkir Aktif 2.0 bagi memudahkan pemandu meletakkan kenderaan dalam keadaan sempit.
Selain itu, ia juga dibekalkan bersama ADAS, brek parkir elektrik dan transmisi automatik tuil pendek.
Beralih kepada kuasa pula, ia dijana oleh enjin 2.0L Bi-Turbo dan dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan.
Nadi berkenaan berupaya menghasilkan 207hp pada 3,750rpm dan 500Nm tork pada 1,750-2,000rpm.
Keupayaan 4WD hadir dalam pilihan enam mod iaitu Normal, Eco, Tunda/Tarik, Licin, Lumpur/Denai dan Pasir.
Untuk harga pula, ia boleh dimiliki pada harga bermula RM338,888 atas jalan tidak termasuk insurans.
Ford Everest Wildtrak 2023 didatangkan dengan jaminan tiga-tahun atau 100,000 km yang mana dahulu. Ini boleh dilanjutkan dengan tambahan dua-tahun, atau 60,000 km.
GALERI:















- BACA: FORD PERFORMANCE TAWARKAN KIT SUPERCHARGER, KALAH SUPERCAR
- BACA: FORD PERFORMANCE RACING SCHOOL SEDIA KURSUS KHAS – DARK HORSE TRACK ATTACK
- BACA: FORD PERKENALKAN F-150 2024 FACELIFT – PRO ACCESS TAILGATE, GAYA BAHARU DAN LEBIH KUASA
- BACA: FORD HENTI PENGELUARAN TIGA MODEL ICE, FOKUS PADA EV WALAUPUN…..


