Buletin

UMWT CATAT HASIL JUALAN 10,263 UNIT SEPANJANG NOVEMBER

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengakhiri November 2023 dengan prestasi positif apabila mencatat hasil jualan 10,263 unit kenderaan merangkumi 10,020 unit model Toyota 243 unit Lexus.

Angka tersebut menyaksikan jumlah jualan bagi tempoh Januari hingga November berada pada 97,705 unit, lebih tinggi berbanding 90,595 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Bagi meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan kebolehcapaian, syarikat itu telah menambah dua rangkaian pengedarnya di Kota Kinabalu, Sabah.

Pusat pertama adalah penempatan semula cawangan 1S di Putatan yang dikendalikan Harapan Menang Sdn Bhd dengan premis baharu menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.

Selain itu, UMWT turut merasmikan pembesaran cawangan 3S baharu di Penampang, Sabah yang dikendalikan oleh Armada KK Automobile Sdn Bhd.

Dengan 18 ruang servis, ia menawarkan perkhidmatan yang lebih pantas dan cekap, sejajar dengan komitmen UMWT terhadap dasar mengutamakan pelanggan.

Pelanggan boleh menikmati pembiayaan sehingga 100 peratus untuk model terpilih, ditambah dengan faedah promosi sehingga RM15,000 merentasi 13 model Toyota, termasuk Vios serba baharu dan Yaris yang baharu dikemas kini.

Google ads
Back to top button