Peranti

FUJI XEROX VERSANT 2100 PRESS

Penaraju penyedia penyelesaian pengurusan dokumen di dunia, Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd (Malaysia Operations) baru-baru ini memperkenalkan pencetak Versant™ 2100 Press

Fuji-Xerox-Versant™-2100-Press-mekanika (2)

Pengenalan itu dibuat pada acara DocuWorld 2014 yang menampilkan teknologi  terbaharu untuk menyokong perniagaan agar lebih efisien dan berkesan.

Versant™ 2100 Press ialah sebuah pencetak yang versatil untuk perniagaan media digital. Ia mampu mencetak sehingga 100 keping cetakan warna penuh dalam tempoh seminit.

Fuji-Xerox-Versant™-2100-Press-mekanika (4)

Pencetak ini memiliki pelbagai ciri yang membantu pengguna mengawal warna secara automatik, menghasilkan jajaran profail imej kepada media dan banyak lagi dalam masa yang lebih singkat serta kurang pembaziran.

Pertama dalam industri, ciri Resolusi Ultra HD Fuji Xerox pada Versant™ 2100 Press membolehkan pelanggan menghasilkan cetakan yang tajam imej, grafik dan teksnya. Ia mempunyai 300 peratus lebih banyak piksel dan ketepatan warna berbanding standard pasaran sekarang iaitu 600 x 600 dpi.

Fuji-Xerox-Versant™-2100-Press-mekanika (3)

Versant™ 2100 Press juga dilihat lebih fleksibel kerana pengguna boleh memilih tiga pilihan kawalan: EX2100 dan EX-P 2100 Print Server, Powered by Fiery serta Fuji Xerox FreeFlow® Print Server demi memenuhi keperluan cetakan mereka.

Pada majlis yang sama Fuji Xerox Pte Ltd turut memperkenalkan Presiden baharu Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd (Malaysia Operations),Yoshio Hanada.

Fuji-Xerox-Versant™-2100-Press-mekanika (5)

“Syarikat-syarikat yang terlibat dalam perniagaan seni grafik sentiasa mahukan teknologi yang mampu menghasilkan imej berkualiti tinggi. Pada masa yang sama menjimatkan kos dan menyokong pertumbuhan perniagaan mereka.

“Fuji Xerox sentiasa menjadi peneraju dalam mencipta teknologi eksklusif yang akhirnya diintegrasikan ke dalam semua produk kami. Ini menjadikan kami pendahulu dalam menghasilkan penyelesaian yang mengubah standard industri,” kata Hanada.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button