Artikel Pilihan

KEKALKAN NAMA KERETA DALAM BENTUK PERKATAAN DAN BUKANNYA NOMBOR – MUDAH DISEBUT SENANG DIINGAT

Apakah persamaan antara Alfa Romeo, Chevrolet, Hyundai dan Volkswagen? Dari segi teknikal mungkin tak sama tapi mereka memilih untuk menggunakan nama-nama bandar untuk kenderaan mereka. Hyundai memilih Tucson, Santa Cruz dan Santa Fe. Chevrolet ada Malibu dan Monte Carlo, Alfa Romeo dengan Montreal dan Toyota terkenal dengan Tacoma.

Banyak lagi jenama lain yang gunakan nama tempat. Kalau nak senaraikan semua memang berjela la. Cuma kami dan bagi tahu kan sedap bunyinya bila sesebuah kereta dinamakan sempena nama benda atau tempat atau binatang atau apa sajalah asalkan jangan nombor.

Kalau dilihat pada tradisi Perodua sebelum ini pun mereka banyak menggunakan nama-nama haiwan seperti Kancil, Kenari, Kelisa, Rusa sebelum digantikan dengan Myvi, Viva, Axia, Bezza dan Ativa. Ya, semakin moden dan kurang difahami tapi masih sedap di dengar.

Proton juga sama dengan nama tempatan seperti Saga, Wira, Arena, Putra, Satria, Perdana, Exora, Savvy, dan Tiara. Namun entah kenapa mungkin juga akibat peralihan pentadbiran, tradisi tersebut terus ditukar kepada nama-nama baharu seperti X50, X70 dan X90. Bukan sahaja ianya kurang kreatif malah agak mengelirukan kerana Volvo turut mempunyai model dengan nama yang hampir sama.

Tapi syukurlah kerana ia masih tidak semerapu Toyota yang menggunakan nama bZ4X pada model mereka (tak dijual di Malaysia). Gunalah nama yang lebih komersial sikit. Tirulah cara ibu bapa namakan anak yang baharu lahir. Kan sedap sikit. Tapi jangan la letak nama Proton Rayyan ataupun Perodua Daniel.

Memberi nama kepada kereta baharu adalah proses yang memerlukan kreativiti, pemahaman pasaran, dan strategi pemasaran yang baik. Pastikan nama tersebut mudah diingati, disebut, dan difahami oleh pasaran sasaran. Gunakan perkataan yang mencerminkan budaya, sejarah, atau identiti kebangsaan Seperti Kancil.

Atau kalau dah malas sangat nak fikir buatlah peraduan untuk memilih nama kereta baru. Bukan Proton perbah buat ke masa Saga mula-mula keluar dahulu? Asalkan ianya dalam bentuk perkataan.

Cukuplah Porsche terkenal dengan 911 mereka. Jangan macam Peugeot, terlalu banyak model dengan nombor sampai susah nak bezakan satu persatu. Kalau RCZ tu okey la. BMW pun sama, tapi untuk model hebat mereka gabungkan dengan abjad seperti M3, M4, M5 dan sebagainya. Lagi pun diorang semua tu pengeluar kereta mewah dan supercar.

Google ads
Back to top button