
GENESIS NEOLUN CONCEPT - SUV ELEKTRIK MEWAH UNTUK GOLONGAN BANGSAWAN
Pengeluar kenderaan yang berasal dari Korea Selatan, Genesis telah memperkenalkan model konsep terkini mereka, Genesis Neolun yang merupakan sebuah SUV elektrik bersaiz penuh yang merangkumi layanan terbaik yang sarat dengan pelbagai ciri teknologi terkini.
Nama perkataan Neolun ini berasal dari bahasa Yunani “neo,” atau pun membawa maksud baru manakala dan bahasa Latin “luna,” pula membawa maksud bulan. Dan apabila ianya digandingkan, ia merangkumi inovasi teknologi Genesis yang melebihi piawaian konvensional serta menetapkan visi jenama untuk masa depan.

Menurut Ketua Pegawai Kreatif Genesis Luc Donckerwolke. rekaan konsep Neolun ini diilhamkan daripada balang porselin berbentuk bulan ikonik Korea serta melambangkan reka bentuk yang tidak lapuk dek zaman serta hasil kerja tangan yang canggih.
Ciri luaran yang paling menonjol ialah pintu penumpang yang tersendiri, tanpa sebarang pillar B yang menghubungkan diantara badan dan juga bumbung kenderaan. Berbanding dengan struktur kenderaan konvensional, susun atur ini menyediakan ruang dalaman yang lebih terbuka dan memaksimumkan akses penumpang yang mudah. Pembangunan pintu penumpang tanpa pillar B telah mencapai tahap di mana aplikasinya pada kenderaan pengeluaran kini boleh dilaksanakan.

Pemijak sisi elektrik dipasang secara automatik apabila pintu terbuka, memudahkan penumpang untuk melangkah masuk dan keluar dari kenderaan. Begitu juga apabila pintu ditutup yang, pemijak sisi akan secara automatik disimpan ke dalam.
Jelas sekali rekaan pada bahagian hadapan dan belakang menampilkan rekaan lampu yang bersepadu dengan rekaan badan kenderaan. Melengkapkan penampilan luaran Genesis Neolun ini adalah layangan dua tona warna, Midnight Black dan Majestic Blue yang berilhamkan daripada langit malam Korea yang tenang.

Bahagian kabin yang luas itu menampilkan ciri yang diilhamkan daripada ondol, sebuah sistem pemanasan rumah secara tradisional di Korea bagi membolehkan pemanasan yang cekap di seluruh kenderaan, dengan filem pemanasan digunakan pada papan pemuka, kemasan pintu, lantai, belakang tempat duduk dan sisi konsol.
Kerusi penumpang di baris hadapan juga boleh dipusingkan ke belakang untuk memaksimumkan ruang dan juga fungsi yang ada disamping penggunaan kulit Purple Silk bagi menampilkan aura vintaj. Kemasan kayu asli berwarna gela[ yang mewah juga turut telah digunakan.
Sistem bunyi yang canggih terdiri daripada tweeter, pembesar suara, woofers dan juga subwoofer akan memberikan pengalaman audio yang enak didengar seumpama sedang berada di dewan konsert apatah lagi dengan paparan skrin yang besar di hadapan.
BACA : GENESIS GV60 MAGMA CONCEPT, LANGKAH GENESIS KE DALAM DUNIA PRESTASI TINGGI
BACA : GENESIS G90 LONG WHEEL BASE – INI BARULAH KERETA UNTUK BOS BOS!

