Artikel Pilihan

GENESIS G90 LONG WHEEL BASE - INI BARULAH KERETA UNTUK BOS BOS!

Dalam dunia per-bos-an, kereta sedan mewah daripada buatan Jerman seperti BMW Siri 7 seringkali menjadi pilihan. Mewah dan nampak bergaya. Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya wujud, sebuah model yang cukup sesuai untuk bos bos daripada Korea. Inilah dia Genesis G90 Long Wheel Base (LWB).

  • Genesis G90 ini diperkenalkan kepada pasaran melalui generasi pertama pada tahun 2015 dan dianggap sebagai model perdana buat Genesis.
  • Generasi kedua Genesis G90 ini telah pun diperkenalkan ke pasaran bermula tahun 2021 bagi meneruskan kesinambungan terhadap model perdana pengeluar dari Korea Selatan ini.
  • Kini Genesis G90 diperkenalkan sebagai hala tuju baharu yang berani bagi sebuah kereta sedan premium yang patut ada lengkap dengan ciri bagi memudahkan pemanduan serta sarat dengan teknologi baharu untuk keselesaan kepada penumpang.
  • Bahagian fascia hadapan menampilkan pengenalan baharu untuk Genesis dengan Chest Grille serta penggunaan lampu utama LED jenis MLA (Micro Lens Array) dua lapis.
  • Bahagian belakang juga menampilkan lampu nipis yang tajam dengan barisan LED yang merintangai dari hujung ke hujung dengan perkataan GENESIS berada di bahagian tengahnya.
  • eUntuk varian Long Wheel Base (LWB), ianya telah ditarik sehingga 7.5 inci berbanding varian standard hingga menganjak sedikit pintu belakang serta pilar C untuk memberikan lebih ruang selesa kepada bos yang duduk di kerusi belakang.
  • Genesis G90 ini menggunakan enjin 3.5 liter turbo yang dipadankan dengan kotak gear auto lapan kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 380 PS dan 539 Nm.
  • Bahagian dalaman Genesis ini G90 direka untuk memuaskan hati pelanggan yang memandu sendiri dan sudah tentu untuk mereka yang berada di kerusi belakang pemandu.
  • Menarik perhatian di bahagian hadapan bahagian dalam kenderaan adalah corong pendingin hawa yang nipis yang digabungkan dengan bentuk seperti sayap serta sistem infohiburan generasi baharu dengan car Integrated Cockpit (ccIC) yang menyepadukan diantara paparan kluster dan navigasi ke dalam paparan panorama bagi memberikan rupa berteknologi tinggi.
  • Dua bumbung panorama tersedia dengan kawalan individu serta lampu ambien dipasang dihujung kiri dan kanan bumbung panaroma tersebut.
  • Tempat duduk belakang yang dihuni oleh bos boleh direbahkan untuk memberikan lebih keselesaan serta lengkap dengan perehat kaki.
  • Sistem suspensi G90 ini menampilkan suspensi udara Multi Chamber yang merubah tekanan udara di dalamnya dengan tiga tetapan boleh dipilih mengikut corak pemanduan. Untuk memandu laju, kereta ini akan direndahkan bagi mengurangkan rintangan angin serta kestabilan pemanduan. Untuk pemanduan di laluan yang sedikit kasar, ketinggian kereta boleh dikekalkan tanpa mengambil kira jumlah berat penumpang serta bagasi yang ada untuk keselesaan penumpang.
  • Sistem Pengesahan Cap Jari G90 di konsol tengah membolehkan enjin dihidupkan dan pemanduan tanpa kunci. Selain itu, ia memuatkan tetapan peribadi pemandu secara automatik dan boleh digunakan sebagai kaedah pengesahan identiti untuk Mod Valet.
  • Model G90 ini buat pertama kalinya dilengkapi dengan sistem pewangi dengan tiga aroma, The Driver’s Awakening, The Great Outdoors, dan My Favorite Place. Ianya menggunakan kartrij yang boleh diganti dan ianya boleh dikawal melalui paparan sistem infohiburan di hadapan.
  • Tempat duduk pemandu dan bos dibelakang turut dilengkapi dengan fungsi mengurut empat mode. Cukup selesa untuk perjalanan jauh kiranya.
  • Harga untuk varian LWB bagi G90 ini sekitar $126,000 (RM590,247). Tidaklah mahal mana untuk bos bos. Iya tak?

BACA : GENESIS G90 BAHARU – JENAMA KEMEGAHAN GAYA K-POP

BACA : JENAMA PREMIUM : GENESIS MOTORS SEDIA UNTUK BERSAING

Google ads

B K

Back to top button