Buletin

GWM LANCAR TANK 700 HI4-T PHEV, JANA 516HP, JARAK GERAK 100KM, HARGA BERMULA RM283K

Great Wall Motor secara rasmi memperkenalkan Tank 700 Hi4-T plug-in hybrid (PHEV) SUV ke pasaran China dengan tanda harga 428,000 yuan (RM283,997).

Gabungan reka bentuk mewah, rangkaian kuasa hibrid yang berkuasa, dan ciri-ciri termaju meletakkannya sebagai pesaing patut diberi perhatian di kalangan pasaran automotif mewah China.

Tank 700 Hi4-T menjadi model PHEV ketiga jenama itu tetapi merupakan yang pertama menampilkan enjin 3.0L V6 Twin Turbo, tidak seperti pendahulunya, menggunakan enjin 2 liter dan 4 silinder.

Dari segi reka bentuk, Tank 700 Hi4-T mempamerkan gaya unik jenama Tank dengan fasia hadapannya menggabungkan reka bentuk berlapis berserta kemasan gril krom.

Dimensi SUV ini berukuran 5,096/2,060/1,952mm, menjadikannya model terbesar dalam barisan Tank.

Di dalam Tank 700 Hi4-T, ia dilengkapi skrin LCD terapung bersaiz besar, Heads-up Display (HUD) dan elemen premium seperti bumbung kulit suede serta sistem audio Harman Kardon 1,600W untuk meningkatkan pengalaman pemanduan.

Perincian lain termasuklah fungsi pengudaraan – pemanasan selain, menyokong pelarasan sandaran elektrik 141° untuk memastikan keselesaan penumpang tempat duduk belakang.

Secara mekanikal, Tank 700 Hi4-T dikuasakan oleh enjin 3.0L V6 Twin Turbo yang menghamburkan kuasa 360hp, dipasangkan dengan motor elektrik dan transmisi 9HAT, menghasilkan gabungan output sebanyak 516hp dan 800Nm tork.

SUV itu menampilkan bateri ternary (NMC) yang dikeluarkan oleh SVOLT, anak syarikat Great Wall Motors, menyediakan jarak elektrik sepenuhnya sehingga 100 kilometer.

Untuk rekod, Tank 700 juga akan tersedia sebagai kenderaan ICE, kerana versi ini telah didedahkan pada tahun lepas.

Seperti dinyatakan di atas, Tank 700 Hi4-T boleh dimiliki pada harga bermula 428,000 yuan (RM283,997).

GALERI:

Google ads
Back to top button