Buletin

YAMAHA MT-07 JEPUN, PERUBAHAN KECIL, KEKAL GARANG, RM28 RIBU

Di dalam siri Yamaha MT di pasaran tempatan anda boleh mendapatkan MT-09, MT-25 dan MT-15. 

Daripada tiga model tersebut, MT-07 tiada lagi di dalam senarai walaupun pernah dipasang di dalam negara.

Terbaru di Jepun Yamaha memperkenal MT-07 ABS dengan beberapa perubahan kecil dan ditawar secara rasmi pada 22 Mac 2024.

Di antara perubahan yang dibuat ialah fungsi sambungan telefon pintar Y-Connect dengan makluman panggilan masuk dan e-mel selain baki kuasa bateri.

Skrin LCD TFT lima inci warna penuh mempunyai dua tema iaitu Street dan Touring. 

Walaupun tidak banyak yang ditukar, satu perubahan besar ialah hendal baharu untuk tunggangan lebih tegak.

Kedudukan pendikit naik kira-kira 10 milimeter (mm). Suis menu jenis berputar ditambah pada sebelah kanan.

Terdapat tiga warna yang ditawarkan iaitu Dark Blue Gray Metallic, Deep Purple Blue Metallic dan Matte Dark Gray Metallic.

MT-07 ABS digerakkan enjin 688 cc dua silinder sebaris dengan enam kelajuan dan menghasilkan 73 ps pada 8,750 rpm dan tork 67Nm pada 6,500 rpm. Penukar cepat dijadikan aksesori pilihan.

Yamaha membekalkan tangki petrol dengan kapasiti 13 liter. Dari segi saiz, MT-07 berukuran 2,085 mm, lebar 780 mm dan tinggi 1,115 mm. Jarak kelegaan bumi ialah 140 mm dengan tinggi pelana 805 mm.

Berat motosikal 184 kilogram. MT-07 menggunakan tayar 120/70ZR17M/C (58W) di depan dan 180/55ZR17M/C di belakang.

Berkenaan harga, Yamaha MT-07 ABS dijual pada 880,000 yen (RM27,905).

Google ads
Back to top button