
RANGE ROVER EVOQUE 2024 FACELIFT DIPERKENALKAN – TIGA VARIAN, JANA 249PS HARGA BERMULA RM498K
Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) secara rasmi melancarkan Range Rover Evoque Facelift 2024 dan menawarkan tiga varian iaitu P200 Dynamic SE (M Spec), P250 Dynamic SE (H Spec) serta P250 Dynamic HSE (Lux Spec) untuk pasaran tempatan.
Evoque facelift 2024 tiba dengan reka bentuk aerodinamik selain diserlahkan lagi melalui gril baharu yang dipadankan bersama lampu depan Pixel LED, rim aloi Style 1085 20-inci (P200) dan rim aloi Style 5137 21-inci (P250).
Di bahagian dalam, ia dilengkapi dengan skrin infotainment bersaiz 11.4-inci Pivi Pro generasi baharu, sistem audio Meridian 400W premium, stereng boleh laras secara elektrik, roda stereng dengan kemasan Moonlight Chrome, tuil gear baharu, ruang simpanan serta pengecasan peranti tanpa wayar.

Pilihan warna baharu ditawarkan untuk model Range Rover Evoque facelift adalah seperti berikut:
- Corinthian Bronze
- Tribeca Blue
- Arroios Grey
Beralih pada kuasa, ia masih dijana oleh enjin 2.0 liter empat silinder petrol, di mana model P200 dan P250 masing-masing berupaya menghamburkan kuasa 200PS dan tork 320Nm, sementara model P250 menghasilkan 249PS dan tork 365Nm.
Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi bantuan pemandu termasuk brek kecemasan sendiri, kawalan kelajuan adaptif, bantuan kekal lorong, pemantauan titik buta, pengesan isyarat trafik serta pemantauan trafik lintasan belakang.
Untuk harga, Range Rover Evoque 2024 facelift boleh dimiliki pada harga bermula RM498,800 (P200 Dynamic SE – M Spec), RM529,800 (P250 Dynamic SE (H Spec) dan RM565,800 (P250 Dynamic HSE (Lux Spec).
GALERI:




- BACA: KERETA KEMIK TERUK LEPAS EKSIDEN, BUKTI KERETA TAK BAGUS?
- BACA: GOCAR MALAYSIA, YINSON GREENTECH TAWAR ORA GOOD CAT MELALUI GOCAR SHARE, SERENDAH RM23.90 SEJAM
- BACA: GOINSURAN, INDRIVE JALIN KERJASAMA – TAWAR PELBAGAI MANFAAT KEPADA PEMANDU DAN PENUMPANG
- BACA: TÉKHNĒ SEDIA PENUHI KEPERLUAN, KEPUASAN PENGGUNA – TAWAR PRODUK ALAT GANTI PREMIUM



