" "
Artikel Pilihan

GWM POER SAHAR, TRAK PIKAP MEWAH DENGAN SISTEM HIBRID

Selain daripada jenama Tank, Ora dan Haval, GWM juga mengambil peluang utuk memperkenalkan barisan trak pikap yang dikenali dengan nama GWM Poer Sahar. Namun berbeza dengan trak pikap yang biasa, Poer Sahar dikuasakan dengan sistem hibrid.

Ia menggunakan enjin 4 silinder 2000cc petrol yang sama digunakan oleh Tank 300. Enjin turbo ini menjana 240 kuasa kuda dan 380Nm tork dan ditemani dengan sistem hibrid, bateri ion lithium dan motor elektrik yang menjana sehingga 346 kuasa kuda dan 615Nm tork

Semua kuasa disalurkan menerusi transmisi 9 kelajuan automatik, serta menawarkan ciri pacuan 4 roda dengan mekanisme pengunci gandar. Dengan panjang mencecah 5445mm dan lebar 1991mm serta jarak antara roda mencapai 3350mm, Poer Sahar ini adalah sebuah trak pikap yang besar.

Apatah lagi jika sekali imbas, ia akan mengingatkan anda dengan rekaan trak pikap daripada jenama RAM serta rekaan dalaman yang cukup mewah. Paparan utama trak pikap ini mengetengahkan 2 skrin sebesar 12.3 inci untuk paparan meter digital dan juga sistem multimedia.

Bagi menyerlahkan lagi ciri mewah yang ada pada Poer Sahar, sistem multimedia disambungkan dengan 10 pembesar suara daripada jenama Harman Infiniti. Poer Sahar juga dipasang dengan cermin suria, kusyen belakang yang boleh dilaras dengan motor elektrik, boleh dicondongkan sehingga 33 darjah dan juga sistem pengudaraan yang terbina dalam kusyen belakang

Bagi varian ini, ruang bed di belakang boleh diakses dengan menggunakan pintu deck belakang yang boleh dibuka secara melintang dalam 2 bahagian. Ruang deck juga dibahagikan kepada 3 bahagian dengan 2 bahagian depan boleh diakses dengan penutup yang boleh dibuka ala-ala Gullwing Door.

Selain itu kusyen depan juga menawarkan ciri bantuan kuasa elektrik dengan 8 cara ubahsuai untuk pemandu, 4 untuk penumpang depan, sistem pengudaraan dan juga ciri mesin urut. Selain daripada ciri keselamatan ADAS, Poer Sahar juga menyediakan ciri kamera 360 darjah untuk memudahkan proses parkir

Google ads
Back to top button