
Minggu ini kita akan kembali ke pusingan ketiga MotoGP yang akan berlangsung di Amerika Syarikat. Seperti juga ramai peminat sukan motor tempatan, kami akan membawakan berita terkini bagi setiap perkembangan dalam pusingan ketiga ini.
Maklumlah, Hafizh Syahrin ada kan? Jadi bagus juga sebab semua dah mula baca apa yang kami laporkan. Kalau tak, sebelum ni, berita MotoGP memang sendu tak ramai yang berminat.
Pelumba rookie yang berlumba di bawah pasukan Yamaha Tech3 ini memang nampak sangat berpotensi. Sehingga kini, Hafizh berada di tangga ke 13 dengan pungutan sembilan mata keseluruhan.
Beliau menamatkan perlumbaan pertamanya di tangga ke 14 di Qatar. Kemudian membuat persembahan mengejutkan dengan kedudukan ke sembilan pada pusingan Argentina minggu lalu.
Hujung minggu ini, sebagai persediaan perlumbaan di Austin nanti, Hafizh akan berlatih di kem lagenda MotoGP Colin Edwards. Juga dikenali dengan gelaran Texas Tornado, Colin Edward kini menyediakan pusat latihan perlumbaan di Texas. Beliau memang mahir dengan litar di sana.
“Saya gembira dengan dua keputusan perlumbaan sebelum ni. Saya akan cuba lakukan benda yang sama malah lebih baik lagi.
Sebelum berlumba hujung minggu ini, saya bersedia dengan latihan di kem Colin Edwards. Badan saya rasa lebih bagus. Saya rasa cukup bersedia kali ni dan tak sabar nak jumpa semua pasukan Tech3 semula.
Saya harap dapat berikan mereka yang terbaik sekali lagi,” ujar Hafizh