Motosikal

YAMAHA LEXi 125 – SKUTER PREMIUM YANG MURAH BETUL!

Indonesia sememangnya pasaran besar buat pengeluar motosikal dan disebabkan itu pelbagai model menarik dilancarkan di sana. Pasaran yang besar juga bermakna sesetengah model dilancarkan terlebih dahulu di Indonesia berbanding negara lain.

Paling baharu apabila Yamaha melancarkan skuter baharu, LEXi dan LEXi-s di Indonesia. 

Skuter yang dikuasakan oleh enjin BLUE CORE 125 cc itu diposisikan dalam segmen premium yang semakin berkembang di sana. 

LEXi dibangunkan di bawah konsep High Value Utility Commuter dan ia adalah model entry level dalam segmen premium dan juga untuk meluaskan pasaran tersebut.

Pasaran skuter di Indonesia memang sangat besar, anggaran saiz sekarang ini ialah sekitar 4.8 juta unit setahun. Di sana skuter dibahagi kepada tiga kelas berdasarkan harga iaitu asas, standard dan premium. 

Pasaran premium sekarang ini semakin mengembang susulan peningkatan pendapatan individu selain daripada jangkaan pertumbuhan pada masa akan datang.

LEXi hadir dengan beberapa pakej istimewa seperti reka bentuk ala skuter Eropah, saiz badan yang tampak seperti kelas lebih tinggi, enjin penyejukan air BLUE CORE dengan VVA (Variable Valve Actuation), sistem STOP&START dan beberapa kelengkapan lain seperti lampu utama LED, lampu kecemasan, meter digital sepenuhnya, soket kuasa dan panel rehat kaki lebih lebar.

LEXi-S pula adalah varian lebih premium dengan kunci pintar dan suspensi belakang lengkap dengan tangki sokongan.

Yamaha LEXi dikilangkan di PT. Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) dan dipasarkan pada harga IDR 19,950,000 atau RM 5,631 manakala LEXi-S pula IDR 22,800,000 atau RM 6,435.

Murah betul kan? 

Untuk pasaran tempatan, perang dalam segmen ini masih belum bermula walaupun kedua-dua jenama utama sudah lama bersaing di pasaran luar.

Semestinya berlawan dengan Honda PCX125 yang tidak kurang hebatnya!

BACA: YAMAHA MENANG ANUGERAH RED DOT 2018 – 7 TAHUN BERTURUT-TURUT!

BACA: TUNGGANG UJI: YAMAHA NVX 155 VVA, INILAH SKUTER SPORTY SAYA

Google ads
Back to top button