Motosikal

YAMAHA 125ZR 2013 VERSI NOS DIJUAL PADA HARGA RM90,000 DI VIETNAM

Model Yamaha 125ZR ataupun lebih dikenali sebagai YaZ 125 merupakan antara jentera yang dicari penggemar motosikal dua lejang di negara Vietnam.

Melalui laman sosial, sebuah model baharu Yamaha 125ZR keluaran tahun 2013 versi NOS berwarna hitam telah diiklankan untuk dijual di pasaran Vietnam.

Pemilik laman sosial berkenaan yang dikenali sebagai Cuong Nguyen ingin melepaskan jentera berkenaan pada harga kira-kira RM90,000.

Menurut Cuong, Yamaha 125ZR tersebut masih dalam keadaan baik malah tidak pernah diisi petrol mahupun ditunggang oleh sesiapa.

Produksi Yamaha 125ZR telah dihentikan pada tahun 2016 menjadikan jentera terbabit sangat rare dan sangat bernilai.

Sebelum ini, Cuong Nguyen pernah menjual sebuah Suzuki RG Sports 2002 pada harga RM140,000. – motosaigon/arenamotosikal

Google ads
Back to top button