Motosikal

APRILIA DEDAH RSV4, TUONO V4 FACTORY SE-09 SBK EDITION – DARI RM104K

Sebagai penghargaan kepada kejayaan Aprilia merangkul Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) pertama pada 2009, pengeluar motosikal Itali itu memperkenalkan RSV4 dan Tuono V4 SE-09 SBK Edition.

Kedua-dua model menampilkan skema warna jentera Aprilia yang ditunggang Max Biaggi untuk muncul juara dunia WSBK pada 26 Julai 2009. Kejuaraan tersebut merupakan yang pertama dari 44 kejuaraan WSBK bagi jentera RSV4 yang turut merangkumi 102.

Dalam pada itu, Aprilia menjadikan Circuit of the Americas (COTA) yang juga merupakan pusingan MotoGP hujung minggu ini sebagai pentas pelancaran RSV4 SE-09 SBK dan Tuono SE-09 SBK. 

Selain warna, kedua-dua model ini juga dilengkapi  ‘air intake’ brek hadapan dan fender jenis gentian karbon. Turut memeriahkan lagi pelancaran adalah kehadiran pelumba MotoGP pasukan Aprilia, Aleix Espargaro dan Maverick Vinales. 

Menurut Aprilia, RSV4 Factory SE-09 SBK ini ditawarkan pada harga EUR26,499 (RM134k) sementara Tuono V4 Factory pula dijual pada harga EUR20,499 (RM104k). 

Google ads
Back to top button