Motosikal

MOTOGP: TOPRAK RAZGATLIOGLU SERTAI PRAMAC YAMAHA MUSIM 2026?

Beberapa berita menggemparkan telah berlaku di kem MotoGP baru-baru ini antaranya pertahan juara, Jorge Martin telah pun mengesahkan dirinya akan meninggalkan Aprilia Racing pada penghujung musim ini. 

Namun, berita mengejutkan tidak berhenti disitu kerana Now Moto News mendakwa bahawa pelumba Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK), Toprak Razgatlioglu akhirnya akan beraksi di MotoGP pada musim 2026. 

Laporan mengenai perpindah Razgatlioglu itu telah pun berjalan beberapa minggu namun perkembangan terbaru mendakwa Pramac Yamaha akan menjadi destinasi pelumba Turkey itu. 

Menurut Now Moto News, Pramac Yamaha dijangka akan membuat pengumuman rasmi di Mugello nanti. 

Persoalannya, siapakah yang akan meninggalkan kem Pramac yang ketika ini dibarisi Jack Miller dan Miguel Oliveira? Berdasarkan senario semasa, kontrak Miller akan berakhir hujung musim ini sementara kontrak Oliveira masih berbaki setahun lagi.

Namun begitu, prestasi Miller lebih memberangsangkan berbanding Oliveira yang ketika ini bergelut. Ketika pusingan di Silverstone minggu lalu, Miller menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh sementara Oliveira di kedudukan ke-16.

Google ads
Back to top button