Buletin

GEELY BUKA STESEN PENUKARAN BATERI UNTUK LORI SIMEN

Di China, syarikat automotif NIO mempelopori trend stesen penukaran pek bateri untuk kenderaan elektrik dan syarikat Geely juga merancang untuk membuka kira-kira 5,000 stesen yang sama di seluruh China menjelang 2025.

Untuk segmen komersial, Geely baru-baru ini memperlihatkan sebuah stesen penukaran bateri yang agak besar dikhususkan untuk lori pembancuh simen.

Tidak seperti EV biasa yang perlu diangkat untuk membuat penukaran bateri, pek bateri pada lori simen ini terletak betul-betul di belakang kabin.

Ia tidak memerlukan khidmat kren pengangkat, memandangkan pek bateri itu sendiri adalah seberat 3.2 tan dengan kapasiti sebesar 280 kWh.

Pemandu trak hanya perlu memastikan trak diposisikan dengan betul sebelum mengimbas kod QR, dan proses keseluruhan hanya memakan masa sekitar lima minit sahaja.

Untuk sesebuah stesen penukaran bateri, ia hanya mampu menyimpan stok pek bateri sebanyak lapan unit sahaja pada satu-satu masa, dengan masa pengecasan sehingga 100 peratus dalam tempoh satu jam.

Google ads
Back to top button